Pagi ini Kami dikejutkan oleh dua orang daripada 8 ahli kumpulan kami,iaitu Amin dan Ahmad untuk bangun sahur. Kami sahur sekitar pukul 4.30 am bersama-sama di ruang tamu,dan juadah sahur kami dimasak oleh Sha,juga merupakan Salah seorang ahli kumpulan Misi Jelajah Patani (MIMPI). Setelah selesai Kami sahur,Kami bertungkus lumus bersiap sedia untuk menunaikan solat subuh secara berjemaah di Surau Ahol yang terletak hanya beberapa langkah kaki dari penginapan Kami. 

     Surau Ahol dikatakan dibina dengan tidak menggunakan sebarang paku, hanya kayu yang dipasak sahaja. Disana, Kami bersembahyang jemaah bersama dengan beberapa penduduk kampung Nad Tanjung. Kami pada hari itu bermula pada sekitar jam 8 pagi dimana kami dan Tok Penghulu serta AJK Nad Tanjung menanam 8 pokok iaitu 4 daripada ya merupakan pokok durian emas dan 4 lagi merupakan pokok limau kasturi di kawasan khas untuk penanaman pokok bersebelahan dengan kolam ikan air tawar.





    Aktiviti seterusnya,kami diiringi oleh Abe Mat,Abe Ya,Poksu dan Uztat Usman ke Mananyong Subdistrict Administrative Office dimana tempat Abe Mat bekerja. 


    Kami kesana untuk membincangkan perihal Hari Raya Qurban dan dana untuk membayar duit Qurban dengan Datuk Bandar Patani yang bernama, Abdul Rahman Bin Hussein. 


      Setelah perbincangan bersama Datuk Bandar, Encik Abdul Rahman Bin Hussein berakhir, Kami dibawa pula until melewati Masjid Kresek, iaitu Masjid yang tertua di Patani. 


     Kami difahamkan oleh Siti Hajar (iaitu Salah seorang penduduk kampung Nad Tanjung tetapi datang ke Bandar Patani kerna bekerja di sana) dan Wan Fatimah bahawa Masjid Kresek tersebut merupakan masjid pertama dan tertua yang dibina oleh masyarakat Patani pada 500 tahun yang lalu dengan menggunakan teknologi simen yang unik dan kreatif. 

 Masjid tersebut dibina dengan menggunakan batu bata merah, serta simennya yang diperbuat daripada beberapa bahan seperti kulit kepah, pulut hitam, putih telur serta manisan (madu) yang ditumbuk aehingga menjadi lumat dan dilumurkan agar dapat mencantumkan batu bata merah tersebut.



       Setelah lawatan kami ke Masjid Kresek berakhir, kami kemudiannya dibawa  melawati ke suatu tempat dipanggil sebagai Bendang Garam dimana para pekerja disana memproses garam 'masin manis' secara tradisional. Disana kami berpeluang untuk melawati secara dekat, malahan, kami juga dapat melihat dan sentuh garam masin manis secara terus.


     Untuk solat Maghrib  secaraberjemaah, kami dibawa ke Masjid Patani, disana kami melihat suasana dan seni binanya yang cantik. Kami bersama-sama menunaikan solat maghrib sebelum dibawa berbuka puasa. 

     Aktiviti berakhir selepas Kami melaksanakan perbincangan bersama dengan ahli kumpulan seperti biasa.





     



Post a Comment

Previous Post Next Post