Aku dikejutkan oleh Ahmad untuk bangun Subuh. Tanpa membuang masa, aku terus bersiap untuk Subuh di Masjid Auhol, masjid tertua dia Nad Tanjung. Setelah selesai solat fardhu Subuh, kami bergerak ke pasar pagi. Kami membeli 12 pulut panggang untuk 6 orang. Idea kami adalah untuk di makan bersama roti, namun rasanya tiada yang istimewa tentang idea tersebut.

Selesai sarapan, tugasan pertama yang kami laksanakan ialah membeli barang bantuan. Abe Mat telah mencadangkan kami untuk membeli bekalan di Kedai Runcit Adam. Ternyata, kami amat lega kerana harga untuk satu bungkus makanan 300 baht, kurang dari bajet yang kita tetapkan. Walaupun harga murah, kami dapat memuatkan beras, minyak, kicap, tepung, sabun, ubat gigi, berus gigi, dan teh serta gula.



Setelah itu, kami menyambut kehadiran 2 ahli kami yang bergerak lewat, Abang Amin Bin Shahrudin  dan Farhana Marini bt Marzuki. Walaupun kehadiran mereka berdua agak lewat, tapi perkara itu tidak menjejaskan tugasan kami walau sedikit pun. Aktiviti seterusnya diteruskan dengan pembungkusan pek makanan. Alhamdulillah, dalam masa satu jam, tugasan ini telah kami selesaikan. Dengan adanya kerjasama dari pasukan serta persefahaman yang tinggi, segalanya menjadi mudah. Baki masa kami luangkan dengan menyiapkan senarai semak yang belum diselesaikan.



Pada waktu petang, aku dan Ahmad bersama-sama Abe Mat dan Poksu Daree pergi membeli anak pokok bagi aktiviti menanam pokok di sebelah Madrasah Anak Yatim Nad Tanjung. Kedai pertama kami lawat telah tutup. Perancangan diubah dengan menangguhkan pembelian ke hari esok namun Abe Mat tidak berputus asa. Beliau tetap membawa kami mencari kedai lain dan akhirnya kami jumpa kedai anak pokok yang dijual oleh seorang bapa bernama Encik Khalid. Terdapat pelbagai jenis pokok yang dijual Encik Khalid antaranya termasuklah pokok limau, durian, getah dan bunga. Kami memilih untuk membeli 4 pokok durian mas dan 4 pokok limau kasturi. Masing-masing berharga 100 dan 50 baht, harga keseluruhan 600 baht. Kami pun pulang dengan gembira.

Selepas Maghrib, kami meneruskan aktiviti terakhir iaitu slot Bengkel Bahasa Inggris. Walaupun kanak-kanak disini kurang mahir dalam bahasa ini, namun kesungguhan mereka belajar amat menyentuh hati. Kami pun turut sama bersungguh-sungguh mendidik mereka. Dengan kesungguhan, in sha Allah ilmu akan hadir.

Hari pun sudah lewat malam, kami pun menghabiskan aktiviti kami dengan mesyuarat OG dan slot Postmortem sebelum tidur.


Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy. 

Post a Comment

Previous Post Next Post