Pada hari ketiga misi, kami bersahur bersama-sama. Selepas sahur, kami terus bersiap sedia untuk solat subuh berjemaah dan diikuti dengan bacaan mathurat dan kulsam.
Tepat jam 7 pagi, kami menunggu poksu dan abe mat untuk sama-sama bergerak ke ladang pokok untuk menanam pokok. Pokok yang ditanam ada dua jenis iaitu pokok limau kasturi dan pokok durian mas. Pokok limau mempunyai 4 buah pokok manakala pokok durian mas juga 4 buah pokok. Kenapa pokok durian dan limau kasturi , kerana pokok durian mengambil masa yang lama iaitu 2 hingga 5 tahun manakala pokok limau mengambil masa sekejap 2 hingga 3 bulan. Jadi di situ adanya keseimbangan ada yang lama dan sekejap.
Tengahari itu, selepas pulang menanam pokok, kami berehat sekejap sambil menyiapkan kerja-kerja yang tertangguh iaitu travelog , puisi dan poster serta kerja- kerja yang lain seperti modul, laporan dan gerak kerja. Pada pukul 2 selepas zuhur , kami pergi ke pejabat abe mat iaitu Manyong Subdistrict Administrative Organization Office. Kami pergi ke sana untuk mencetak beberapa modul untuk kelas pada malam itu. Salah kami juga kerana membuat kerja akhir-akhir minit.
Selepas itu , kami melawat Masjid Kerisik dan Masjid Besar Patani atau digelar Masjid Jamek Patani. Apa yang dipelajari, Masjid Kerisik merupakan masjid tertua. Nama sebenarnya ialah Masjid Sultan Muzhaffar Shah. Ia dibina selepas Melaka diserang Portugis iaitu selepas tahun 1511. Masjid ini menjadi pusat rasmi kegiatan kerajaan Melayu ketika itu selain menjadi tempat ibadah. Masjid yang berusia lebih 500 tahun ini dibina dengan ciri timur tengah dan kepakaran tempatan. Batu-batanya diikat dengan campuran beras pulut hitam, kulit kerang, telur putih dan manisan cair.
Setelah itu, kami diiringi oleh Ustaz Usman ke bendang garam. Di sana kami melihat bagaimana penghasilan garam dan suasana serta luasnnya bendang itu. Sambil itu, kami menangkap gambar bersama-sama kerana pemandangan yang begitu cantik.
Akhirnya , pada waktu hampir berbuka iaitu pukul 6:15 petang. Kami berbuka di Kedai Tomyam berdekatan Masjid Jamek. Alhamdulillah rezeki kami, kerana sudah dua hari tidak makan nasi. Bersyukurnya kami pada waktu itu dapat merasa tomyam di Thailand.
Nurul Syakilla Binti Anuar merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai AJK Kajian dan juga merupakan Exco Kajian Dan Intelektual dalam Grup Sukarelawan Darul Ehsan.
Post a Comment