Harini kami berpuasa sunat hari Khamis. Sesudah subuh secara berjemaah di Surau Haol, kami menemani sahabat kami merakam video di surau tersebut. Setelah selesai, kami menyiapkan diri untuk aktiviti bercucuk tanam, 4 pokok durian emas dan 4 lagi pokok limau kasturi sebagai tanda kenang-kenangan. Kami meletakkan nama masing-masing pada papan yang dibuat khas untuk menandakan hasil usaha kami semua di sana.



Kami melawat pejabat Mananyong Subdistrict Administrative yang merupakan tempat pekerjaan Abe Mat untuk mencetak poster penghargaan kepada wakil yang terpilih serta bahan modul bahasa Inggeris. Kami mengadakan sesi ramah mesra bersama Datuk Bandar, Abdul Rahman B. Hussein.



Kemudian kami melawat ke Masjid Kresek yang mempunyai sejarah sangat menarik berkaitan cara pembinaannya. Ia dibina dengan menggunakan bahan semula jadi kerana pada zaman dahulu masih tidak terdapat simen untuk membina bangunan lagi. Antara bahan-bahan yang digunakan adalah seperti putih telur, kulit kupang yang diproses menjadi serbuk, madu dan juga pulut hitam. Ianya digunakan untuk menampal batu tanah merah supaya dapat mencantumkannya antara satu sama lain sehingga membentuk sebuah masjid yang telah digunakan lagi sehingga ke generasi zaman kini.


Kemudian kami melawat ke bendang garam, dan seterusnya ke Prince of Songkla University untuk melihat suasananya pada waktu petang hanya dari luar sahaja.



Disediakan oleh :
Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.

Post a Comment

Previous Post Next Post