Sudah hari yang ke-9 kami di Thailand, manakala sudah hari yang ke-2 kami di Narathiwat. Hari ini kami dibawa ke sekitar Princess of Narathiwas University untuk menambah ilmu pengetahuan kami tentang universiti ini.
Kami dibawa ke kampus awal terbinanya univeristi ini untuk mengetahui sejarah Princess of Narathiwas yang terletak kira-kira 7.1km dari tapak yang baru. Kampus awal ini terletak di bandar atau pekan Narathiwat. Nama dan logo Princess of Narathiwas Univerisity ini diberi oleh puteri Thailand sendiri, dimana setiap puteri raja diberi satu logo khas untuk melambangkan pemberian atau hak milik puteri itu sendiri. Logo ini tidak boleh diguna pakai oleh pihak lain tanda kehormatan kepada puteri raja melainkan ianya diberi kebenaran oleh puteri raja itu sendiri.
Universiti ini telah berdiri teguh selama 14 tahun dalam industri akademik. Sebelum ini, universiti ini hanyalah mempunyai atau mengajar seni kemahiran diri seperti elektronik dimana pelajar diajar untuk memperbaiki komputer, kotak utama elektrik, dan penghawa dingin. Dulunya universiti ni juga hanya menawarkan sijil kemahiran sahaja, tetapi sudah dinaiktaraf oleh kerajaan Thailand untuk meningkatkan pengiktirafan sijil.
Kami diiringi oleh Dr Hisyam sepanjang kami berada di kampus lama untuk penerangan lanjut. Beliau merupakan graduan di Univerisiti Malaya dan Universiti Islam Antarabangsa dui Malaysia. Beliau menerangkan tenang Princess of Narathiwas dengan jelas dan telus, bersedia dengan soalan-soalan yang diberikan dari pihak kami.
Setelah usai dengan rombongan sekitar kampus, kami bergerak ke Masjid PNU di sebelah kawasan lain. Kami menunaikan solat zohor dan makan tengahhari bersama-sama dengan pelajar-pelajar PNU yang mengiringi kami seramai 7 orang dari institut keislaman PNU. Kami berkongsi ilmu keislaman dan membuat kulsam. Kulsam pada hari ini bertajuk iman, ukhwah, kerohanian dan ilmu. Sesi kulsam ini selalu dibuat untuk berkongsi pandangan masing- masing dalam aspek dan topik yang diberikan. Tiada betul dan salah dalam sesi ini. Sesi ini juga mengajar kita untuk menerima pandangan orang lain secara terbuka.
Kami dibenarkan pulang ke kediaman kerana program sesi petang kami dibatalkan atas sebab pihak PNU, orang yang akan mengiringi kami sibuk dalam hal tugasan konvokasi yang akan datang. Jadi kami mengambil peluang ini untuk membuat sesi motivasi dan menyelesaikan tugas-tugas yang diberikan pada masa yang diberikan.
Kami solat berjemaah di surau yang disediakan, terletak bersebelahan dengan kediaman kami. Kira-kira perjalanan kami hanya mengambil masa kurang dari 5 minit untuk ke surau. Usai dengan solat maghrib, kami ke pekan untuk makan malam bersama dikedai. Menu pada malam ini adalah nasi pakrapow. Ianya satu hidangan khas orang Thailand. Hidangan ini disajikan dengan nasi putih, ayam atau daging yang dicincang dan digoreng pedas bersama dengan sambal belacan. Kami akhiri hari ini dengan postmoterm yang dibuat setiap malam sebelum tiba waktu tidur. Sekian.
Disediakan oleh: SHARIPAH IZRATUL ATIQAH, pelajar Pengurusan Sumber Manusia. merupakan ahli volunteer dan juga exco media bagi misi Patani (MIMPI) yang akan dijalankan pada 6-23 Ogos 2019.
Disediakan oleh: SHARIPAH IZRATUL ATIQAH, pelajar Pengurusan Sumber Manusia. merupakan ahli volunteer dan juga exco media bagi misi Patani (MIMPI) yang akan dijalankan pada 6-23 Ogos 2019.


Post a Comment