Seperti biasa, aku dan Abang Amin akan bergerak terlebih dahulu ke masjid. Sesampainya kami situ, kami terus menunaikan solat sunat. Sementara menunggu azan Subuh, aku terasa berat kepala kerana rasa ngantuk masih lagi terasa. Aku cuba bertahan namun gagal. Akhirnya terlelap. Tiba-tiba aku dikejutkan dengan azan Subuh. Ternyata rakanku, Kurniawan Adisyah Putra yang sedang melaungkan azan tersebut. Setelah azan, kami menunaikan solat Subuh berjemaah. Seperti biasa selepas Subuh, kami terus membaca Al-Mathurat dan bersarapan. Menu yang dihidangkan ialah Nasi Lemak. Walaupun sambalnya agak pedas, namun keenakan dan keunikan Nasi Lemak masih dapat dirasai.
Alhamdulillah, sudah kenyang, tanpa membuang masa kami meneruskan slot yang pertama. Slot pertama dikendalikan oleh Encik Izwan. Antara intipati slot tersebut termasuklah 'recap' aktiviti semalam. Antara yang dirujuk semula ialah Travelog. Pelbagai komen telah diberikan oleh beliau. Tetapi komen komen tersebut merupakan komen yang membina. Kami meneliti setiap nasihat dan tips yang diberikan oleh beliau.
Slot yang kedua dikendalikan oleh Azhari. Beliau merupakan alumni UNISEL dan bekas ahli DE Volunteer yang dulunya dikenali sebagai Grup Pengkaji Tamadun Dunia (GPTD). Antara pengalaman beliau termasuklah Misi ke Thailand sebanyak 6 kali. Suatu pencapaian yang sangat menakjubkan bagi saya dan slot tersebut diisi dengan penceritaan pengalaman beliau sepanjang menjadi sukarelawan misi. Pelbagai input juga dapat beliau kongsikan termasuklah apa, cara dan bagaimana kita sebagai sukarelawan perlu buat dan tahu sewaktu misi.
Sesudah itu, kami terus makan tengah hari. Lauk yang dihidang ialah nasi lauk kari ayam. Alhamdulillah, makanan yang dihidang enak dan mencukupi. Setelah itu kami terus bersolat Zohor. Slot seterunya diisi dengan penceritaan tentang Etika Alam Sekitar Dari Sudut Islam oleh Mohd Yusaimi MD Yusof atau digelar Encik Tenggo. Beliau memberitahu bahawa antara etika ini termasuklah Tauhid, Seimbang, Khalifah, Accountability. Input tersebut sangatlah bermanfaat dan telah membuka mata minda kami tentang betala sensitifnya isu alam sekitar. Namun, beliau tidak mampu menunggu lama kerana terdapat urusan yang perlu dilaksanakan.
Setelah itu, aku dan ketua yang lain diarahkan menyerahkan softcopy dokumen ahli di comnet. Alhamdulillah segalanya lancar. Setelah itu, aku baru tersedar bahawa grup ku belum lagi menyiapkan tugasan video. Aku rasa sangat bersalah kerana tidak mengingatkan rakan sepasukan tentang tugasan ini. Tanpa berlengah, aku mengarahkan pasukan aku menyiapkan tugasan tersebut. Persiapan apakah ini? Persiapan yang tidak siap
Selepas Maghrib kami terus buat Kuliah satu minit. Slot tersebut terhenti untuk memberi ruang Solat Isyak. Selepas itu, slot disambung. Oh ya, tajuknya ialah Dakwah. Pelbagai pendapat telah diberikan oleh ahli lain. Setiap pendapat yg diberi amatlah berguna. Dan slot akhir sekali ialah OG misi. Pengisian termasuklah dosa dosa besar, zikir, pesan dan kesan. Alhamdulillah slot ini berjaya di siapkan dalam 5 minit.
Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy.
Post a Comment