Harini, saya diarahkan untuk membuat persiapan terakhir sebelum bertolak ke Patani pada besok malam. Antara persiapan yang dibuat harini ialah sedikit taklimat tentang pengalaman 2 orang yang telah pergi kesana dan menyiapkan sedikit tugasan yang diberi oleh Encik Izwan.
Setelah usai solat Subuh di masjid, kami meneruskan bacaan surah matsurat seperti biasa dan memulakan perbincangan kami dengan membahagikan tugasan yang diberikan. Kami diarahkan untuk membuat satu video tentang pengenalan dan juga pesanan kepada orang awam tentang misi kami dan jiga kami membincangkan tentang langit bg pandangan masing masing.
Pada belah tengahari, kami mendengar taklimat daripada Encik Azahari. Beliau adalah YDP ABIM KUALA SELANGOR dan merupakan seorang alumni dari Unisel juga. Beliau berpengalaman ke Patani sebanyak 6-7 kali, dan beliau menyatakan bahawa beliau juga pernah pergi ke Patani sebanyak 3 kali dalam masa setahun.
Slot taklimat yang seterusnya dimana Encik Mohd Yusaimi Md Yusof atau Encik Tenggo memberikan taklimat beliau tentang kebersihan dan keselamatan alam sekitar semasa kita berada diluar negara. Encik Yusaimi memesan untuk tidak membawa pulang apa-apa benda yang ganjil dan tidak merosakkan harta-benda serta alam sekitar semasa berada diluar kawasan mahupon diluar negara.
Sedikit sebanyak yang kita boleh peroleh dalam taklimat harini ialah sentiasa berjaga-jaga dan menjaga keselamatan mahu pon kebersihan semasa berada ditempat orang. Pada sebelah malam pula, kami membincangkan tentang fitnah dan dugaan yang paling berat yg seseorg pernah lalui.
Disediakan oleh: SHARIPAH IZRATUL ATIQAH, pelajar Pengurusan Sumber Manusia. merupakan ahli volunteer dan juga exco media bagi misi Patani (MIMPI) yang akan dijalankan pada 6-23 Ogos 2019.
Post a Comment