Sudah hari yang ke-6 kami menetap di Nad Tanjung. Suasana
disini dan kemeriahan disambut meriah oleh orang kampung. Pada belah pagi kami
mengajar dia Tadika Jamiu’l Husna yang terletak di bersebelahan dengan Surau
Ahol. Tadika ini mengajar anak-anak yang berumur seawal dari 3 tahun sehingga 5
tahun. Seramai 47 kanak-kanak yang hadir untuk mengisi ruang di Tadika untuk sesi pembelajaran dengan kami.
Kami mengajar bahasa melayu untuk kanak-kanak disini.
Mengapa bahasa melayu? Kerana penduduk disini kebanyakkannya masih menggunakan
bahasa melayu-siam atau pun di Malaysia, dikenali sebagai dialek atau slang
Kelantan. Penduduk sini juga ingin mengekalkan bahasa melayu untuk memupuk
anak-anak ini untuk muadh berinteraksi dengan orang yang berada di Malaysia serta
penduduk daerah Patani yang lain dimana kita sudah sedia maklum bahawa penduduk
di Patani adalah 80% melayu dan boleh berbahasa melayu-siam.
Selain mengajar bahasa melayu, saya mengajar anak-anak in permainan baru semasa short break. Saya memperkenalkan permainan ini untuk mendapatkan perhatian anak-anak ini dan mengurankan rasa mengantuk mereka ketika dalam sesi pembelajaran. Saya memperkenalkan permainan Kelopa Jantung dimana pelajar lelaki dipinta untuk menyebutkan jantung dan pelajar perempuan menyebut kelopak. Cara bermain permainan ini adalah dengan memberikan perhatian kepada arah tangan saya menunjukkan kepada bahagian lelaki atau perempuan.
Setelah usai mengajar kami bergegas untuk menunaikan solat
zohor dirumah dan kemudiannya bergerak ke Surau Ahol untuk memulakan aktiviti
yang seterusnya dimana kami akan bergotong-royong untuk membersihkan kawasan
dalam surau. Surau Ahol, dimana surau ini telah berusia 500 tahun. Surau ini
tidak menggunakan sebarang paku. Mereka hanya menggunakan pasak dimana pasak
ini dibuat daripada kayu jati. Surau ini menggunakan kayu jati tulen.
Pada belah malam kami dijemput oleh Encik Hassan atau lebih dikenali oleh Abe Hassey untuk berbuka dirumah beliau. Jam 7:00 malam beliau sampai ke Homestay kami untuk menjemput kami ke rumah beliau. Kami dihidangkan nasi arab dan bubur kacang hijau yang telah dimasak oleh isteri Abe Hassey. Kami juga menunaikan solat fardhu maghrib dirumah Abe Hassan.
Semasa kami hendak pulang, tiba pula Abe Mat menjemput kami ke rumah salah seorg penduduk kampung yang lain untuk ke rumah beliau menjamu selera juadah lain seperti pulut durian dan rambutan. Semasa hendak pulang kami, tuan rumah memberikan buah tangan, rambutan dan petai.
Kami pulang ke rumah dengan hati yang gembira kerana rezeki tidak putus-putus datang kepada kami. Kami berasa amat bersyukur kerana penduduk kampung sangat berbesar hati untuk menerima kami dan juga memberikan rezeki kepada kami. Sekian.
Disediakan oleh: SHARIPAH IZRATUL ATIQAH, pelajar Pengurusan Sumber Manusia. merupakan ahli volunteer dan juga exco media bagi misi Patani (MIMPI) yang akan dijalankan pada 6-23 Ogos 2019.


Post a Comment