Puan Maznah mengajak kami makan-makan di rumahnya. Dia menyediakan makanan yang tidak berbeza daripada masakan Malaysia pada hari raya. Dia menceritakan kisah hidup yang sangat susah untuk mencari rezeki pada zaman sekarang ini. Namun rezeki Allah ini luas di muka bumi, walau di mana jua kita berada pasti akan datang dengan pelbagai caranya.
Kemudian, kami singgah di rumah Abe Ya. Dia menceritakan kisah hidupnya yang berkaitan dengan keikhlasan dalam memberi. Banyak kejadian yang membuktikan bahawa jika kita ikhlas dalam membantu insan lain, Allah akan menghantar insan yang lain untuk membantu kita terutama jika dilanda musibah. Pertolongan yang cepat akan hadir jika kita sentiasa sabar dalam apa jua keadaan.
Tidak lupa juga kepada Poksu Daree, kami dijemput untuk menziarahi di rumahnya sambil menjamu selera dengan masakan yang isterinya telah hidangkan. Dia mengharapkan kami untuk meneruskan aktiviti di sini lagi pada masa akan datang dan sudi untuk mengambil kami daripada sempadan katanya. Ini merupakan perkara yang sangat besar kerana dialah yang membantu kami untuk sampai di Nad Tanjung, tanpa dia mungkin kami akan terlibat dengan pelbagai masalah lain.
Petang yang mendamaikan, kami berjalan-jalan pusing satu kampung sambil mengekori sebuah ambulans. Ini untuk memaklumkan bahawa terdapat kematian salah seorang penduduk di Nad Tanjung. Abe Mat pula menjemput kami makan malam di rumahnya.
Disediakan oleh :
Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER) Kampus Shah Alam.
Post a Comment