Pada hari pertama tiba di thailand, kami menunggu di kedai tiket untuk menunggu diambil dari Wakil dari Nad Tanjung. Setelah beberapa puluh minit , akhirnya van pun tiba ,dua orang wakil dari Nad Tanjung , iaitu Poksu dan Abe Mat yang membantu mengangkut barang-barang. Selepas itu, kami terus bersarapan sekali makan tengahari kerana waktu itu tepat jam 10 pagi.

Selesai sahaja mengisi tenaga, kami mencari kedai yang menjual simcard untuk pengurusan internet. Sejurus sahaja , kami terus bergerak ke Prince of Songkla untuk melawat Universiti tersebut tetapi Pengiring kami Dr Usman tidak ada pada masa itu kerana berada di Brunei. Jadi , kami hanya melawat di luar sekitarnya dan mengambil gambar untuk dijadikan kenangan dan laporan. Setelah itu, kami pun terus bergerak ke kedai untuk membeli barang- barang anak yatim seperti keperluan alat tulis ,beg dan sebagainya. Beberapa tempat jugalah kami merantau untuk mencari segala keperluan tersebut.


Terkesan pada poksu dan abang mat yang sanggup membantu dan membawa kami ke kedai-kedai tersebut. Tidak mengeluh sedikit pun malah sering bertanya apa lagi barang yang tidak cukup. Kalau kita sendiri tidak merasakan kesungguhan mereka, namun bukan kita di kalangan orang yang bersyukur. Sentiasalah berasa syukur kerana Allah menghantar manusia untuk membantu kita , permudahkan kita. Kalau Allah tidak gerakkan, maka tidak geraklah kerja-kerja kita. Semua itu bergantung pada Allah kerana Dialah yang menentukan segalanya.

Seterusnya, abang mat dan poksu membawa kami jalan-jalan ke pantai berdekatan Coco Restaurant dan melihat pemandangan dan persekitaran yang cantik. Setelah itu, kami terus ke Nad Tanjung untuk ke destinasi penginapan iaitu homestay yang telah disediakan oleh AJK orang kampung Nad Tanjung.




Petang itu, kami ke pasar malam berdekatan dengan homestay. Di persekitaran sekeliling kampung ,terdapat banyak kedai runcit, dobi dan kemudahan-kemudahan yang lain.

Pada malam itu pula, selepas isyak, kami mempunyai mesyuarat bersama AJK Nad Tanjung untuk perbincangan dan simulasi daripada tentatif juga perkenalan diri kepada mereka semua. Perkenalan diri atau disebut sebagai 'taaruf' sangat penting bagi menjayakan suatu komunikasi yang baik serta mampu menjalinkan ikatan silaturahim demi mencapai hubungan yang mesra di antara satu sama lain.

Nurul Syakilla Binti Anuar merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai AJK Kajian dan juga merupakan Exco Kajian Dan Intelektual dalam Grup Sukarelawan Darul Ehsan.


Post a Comment

Previous Post Next Post