Pagi yang sunyi seperti hari-hari sebelum ini, kami menuju ke surau Ahol untuk solat berjemaah bersama penduduk kampung Nad Tanjung buat kali terakhir memandangkan hari ini hari terakhir kami di sini. Sesudah subuh kami berkumpul di hadapan surau membaca at-mathurat. Langit kelihatan cantik sekali pagi ini seperti memahami hari ini hari terakhir kami. Dari surau kami terus menuju ke rumah seorang penduduk kampung untuk bersarapan. Penduduk di sini tidak jemu-jemu menjemput kami makan di rumah mereka. Semoga murah rezeki penduduk di Nad Tanjung. 

Selesai semua urusan di Nad Tanjung, kami dihantar okeh Poksu Daree, Abe Mat dan Abe Arifin ke Takbai. Sepanjang perjalanan aku mengimbau kembali kenangan-kenangan di Nad Tanjung. Suasana yang aman, udaranya segar, penduduk yang amat peramah dan sangat baik hati. Setiap detik dan kenangan disana pasti akan diingati sampai bila-bila. Akan aku kembali ke Nad Tanjung suatu hari nanti. 

Tempat jam 8.30 pagi kami tiba di Masjid Ibadu As-Solihin, Takbai. Sampainya kami di sana kami di sambut oleh Dr Ahmad iaitu lecturer di PNU dan pelajar-pelajar dari Princess of Naradhiwat University (PNU). Ada di antara pelajar-pelajar PNU ini pernah datang ke Unisel 3 tahun dahulu. Kebanyakkan daripada mereka merupakan pelajar jurusan islamic studies dan bahasa arab. Kehadiran kami diterima dengan baik oleh pihak PNU. 

Sampainya kami di Takbai, Dr Ahmad membuat sedikit taaruf mengenai dirinya yang mengambil ijazah di Jordan, master di Universiti Taksin Thailand dan PHD di UPSI. Selepas taaruf, kami dibahagikan kepada 3 kumpulan untuk membuat pembersihan di masjid. Aku, Sha dan Ahmad membersihkan bahagian dalam masjid bersama Furqon iaitu pelajar jurusan islamic studies, tahun 4. Kami membersihkan segala sawang, membersihkan tingkap, menyusun kitab-kitab dan lain-lain. 

Setelah penat mengemas, kami semua berehat sambil menikmati hidangan bihun yang disediakan. Pada waktu yang sama, kami berkumpul untuk membuat kulsam yang bertajuk kasih sayang. Kasih sayang ini merupakan perkara yang penting dalam hidup setiap manusia. Setiap manusia memerlukan kasih sayang terutama kasih sayang daripada keluarga dan sahabat. 

Selesai berkulsam, kami dipanggil untuk masuk ke dalam masjid bagi sesi taaruf bersama pelajar PNU. Seorang demi seorang mengenalkan diri mereka. Walaupun aku tidak dapat mengingati kesemua nama mereka namun aku berharap hubungan yang terjalin hari ini tidak terputus begitu sahaja. Selepas taaruf kami solat zohor berjemaah dan diberikan masa untuk berehat sebelum menyambung kerja. 

Selepas solat zohor dan berehat, kami memulakan aktiviti menampal poster di keliling masjid seperti poster jangan merokok, jangan kebersihan, buang sampah dalam tong sampah dan sebagainya. Selesai kerja, pelajar-pelajar PNU tahun 1 yang datang menolong beransur pulang dan yang tinggal hanyalah pelajar-pelajar tahun 4 yang menguruskan kami sepanjang keberadaan kami di Narathiwat. Aku dan Syakila duduk di luar masjid berbual-bual bersama Ainee, Areena, Sumayyah dan Tasneem. 

Azan Asar berkumandang, kami solat berjemaah dan selesai solat kami bersiap-siap untuk pulang ke Narathiwat. Aku, Sha, Hana, Ekin dan Kila menaiki kereta Dr Ahmad untuk ke PNU manakala bagi yang lelaki mereka menaiki motor bersama pelajar lelaki PNU. Perjalanan dari Takbai ke Narathiwat mengambil masa 30minit. Kami tiba di fakulti Medical PNU yang menjadi tempat penginapan kami sepanjang di PNU. 

Kami berehat sementara menunggu masuk waktu maghrib. Maghrib kami di bilik sahaja hari ini. Sesudah menunaikan solat maghrib kami keluar untuk makan malam. Kami dibawa oleh pelajar-pelajar PNU makan di luar dengan menaiki motor. Mereka sangat prihatin sekali, susah payah mencari motor untuk membawa kami 8orang keluar. 


Nur Ameera Afiefa bt Azlin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada  6 hingga 23 Ogos 2019 sebagai Bendahari. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.

Post a Comment

Previous Post Next Post