Malam terakhir di Nad Tanjung, Patani. Aku dan rakan-rakan misiku bangun subuh dan selepas subuh macam biasa kami membaca at-Mathurat. Awal pagi lagi kami telah dijemput oleh penduduk kampung untuk bersarapan bersama. Aku sungguh terharu dengan layanan yang diberi oleh penduduk kampung Nad Tanjung. Mereka tidak jemu-jemu menjemput kami ke rumah mereka.
Hari ini merupakan hari kedua raya Aidiladha. Seekor lembu akan dikorbankan hari ini atas nama-nama orang yang memberi sumbangan kepada kami. Matahari semakin terik, sebelum zohor kami ke kawasan lapang berdekatan rumah anak-anak yatim dimana lembu kami akan disembelih. Buat pertama kali aku menyaksikan penyembelihan lembu secara dekat kerana selalunya bila di kampung aku hanya melihat dari jauh sahaja.
Selepas menunaikan solat zohor, kami lagi sekali dijemput oleh penduduk kampung iaitu Abe Ding untuk makan tengah hari. Kami disajikan dengan somtam dan diajar cara untuk membuat somtam oleh isteri Abe Ding. Kemudian kami dijemput pula ke rumah seorang lagi penduduk kampung untuk makan sate.
Perut sudah kekenyangan, kami pulang untuk menyediakan persiapan makan malam dengan penduduk kampung Nad Tanjung di homestay kami. Kami menyediakan nasi goreng, taugeh goreng dan daging bakar. Daging yang digunakan adalah daging hasil dari korban tengah hari tadi. Penduduk kampung tua mahupun yang muda menikmati hidangan yang kami sediakan walaupun tidak seberapa rasanya.
Habis mengemas, kami bersiap pula untuk ke pertandingan nasyid di . 2 hari sebelum pertandingan lagi kami sudah diberitahu untuk membuat persembahan untuk penduduk kampung. Kami diminta untuk menyanyikan 2 buah lagu nasyid. Semasa tiba di padang, aku tidak menyangkakan ramai yang hadir namun hampir 500 orang penduduk kampung yang hadir. Kami berasa gementar untuk membuat persembahan.
Nur Ameera Afiefa bt Azlin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada 6 hingga 23 Ogos 2019 sebagai Bendahari. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Pendidikan Awal Kanak-Kanak, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment