Pagi ini kami bangun dan bersiap sedia untuk ke Surau Ahol untuk menunaikan solat subuh buat Kali terakhir di surau bersejarah tersebut di kampung Nad Tanjung. Selepas habis menunaikan solat subuh, kami dijemput bersarapan dirumah Salah seorang penduduk tempatan. Disana, kami dihidangkan dengan nasi Arab daging, sayuran atau ulam-ulaman, sup tomyam daging Qurban dan air teh panas.
Sekitar pukul 7 pagi, kami bersiap-siap pula untuk pulang ke tempat penginapan sementara kami untuk mengemas barangan Yang belum sempat dikemas. Van Yang dipandu oleh Poksu sampai ke perkarangan tempat penginapan kami beberapa minit kemudian, sedia untuk mengambil dan seterusnya menghantar Kami ke destinasi yang seterusnya iaitu, di Narathiwat.
Sebagai kenang-kenangan, Kami mengambil beberapa gambar bersama dengan Poksu, Abe Mat dan Uztat Asman sebelum berangkat ke destinasi yang seterusnya.

Perjalanan ke Narathiwat mengambil masa hampir 2 jam, Kami bergerak sekitar jam 7.15 pagi dan smpai ke Masjid Ibadussolehin di daerah Take Bhai. Disana kami disambut oleh AJK Masjid tersebut dan seramai 30 orang pelajar PNU atau dikenali sebagai Princess of Naradhiwas.
Disana kami mengikuti program gotong-royong bersama dengan pelajar PNU tersebut. Selepas berakhirnya program bergotong-royong, Kami berkumpul bersama dengan pelajar-pelajar PNU untuk sesi taaruf. Disini Kami difahamkan kebanyakkan pelajar yang menyambut Kami adalah pelajar yang mengikuti kursus Islamic dan juga kursus Arabic, dan kedua-dua kursus tersebut ialah daripada Fakulti Pendidikan.
Selepas selesainya sesi taaruf bersama pelajar PNU, kami diberi masa untuk berehat dan aktiviti seterusnya akan dimulakan selepas solat Zuhur. Aktiviti yang seterusnya ialah menampal poster di sekitar kawasan dan didalam Masjid Ibadussolehin tersebut.
Aktiviti kami berhenti selepas Asar, dimana kami dibawa menaiki kenderaan Dr. Ahmad selaku pensyarah PNU untuk ke PNU di Narathiwat. Perjalanan dari Masjid Ibadussolehin ke PNU mengambil masa lebih kurang 1 jam.
Pada malam itu, kami dibawa pula dengan membonceng motorsikal dengan pelajar PNU untuk keluar makan malam bersama-sama diluar kampus.
Kami dihantar pulang sekitar jam 10 ke tempat penginapan sementara kami yang bertempat di Hostel Fakulti Medical. Aktiviti berakhir selepas Kami berpisah untuk rehat.

Post a Comment