Pada hari ini, tidak disangka-sangka rezeki daripada Allah Yang Maha Pemurah datang mencurah-curah. Seperti biasa,Kami bangun awal pagi sebelum azan subuh berkumandang untuk sahur bersama-sama. Hidangan sahur Kami juga seperti biasanya disediakan oleh sahabat Kami, Sharipah atau Sha. Kemudian, Kami bersiap-siap untuk solat subuh dan bersiap sedia untuk menjalankan aktiviti Kami yang pertama pada pagi ini.  

   Aktiviti kami yang pertama pada pagi ini ialah, Kami akan ke Tadika Jamiul Wustha untuk mengajar kanak-kanak modul BM, Bahasa Melayu. Kami difahamkan penggunaan dan pengajaran Bahasa Melayu di Patani Thailand adalah terhad. Hal ini kerana, Di bumi Thailand ini, Raja Thailand Chulalongkorn telah menguatkuasakan penguasaan bahasa ibunda mereka dalam percakapan atau penggunaan  harian serta penulisan. Kini, Bahasa Melayu dikalangan masyarakat di Patani, Thailand adalah kedua dan tidak penting bagi Kerajaan Thailand.


     Pada awalnya murid-murid Yang datang untuk belajar Bahasa Melayu adalah hanya seramai 22 orang, iaitu seramai 11 orang murid lelaki dan 11 orang murid perempuan. Tetapi kemudian selang beberapa minit, bilang murid bertalam kepada 24 orang murid perempuan dan 23 orang murid lelaki. Bahasa Melayu diajar oleh beberapa sahabat kami iaitu, Syakilla, Ekin,Amiera, Sharipah, dan Fikry.

     Antara subjek yang diajar ialah Antonin Yang bermaksud Kata Lawan dan Sinonim yang bermaksud Maksud Yang Sama. Kemudian kami menyediakan beberapa 'refreshment' agar murid-murid tidak berasa bosan dan bermain sambil belajar dengan seronok. Aktiviti pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu berakhir sekitar jam 11 pagi. 

   Aktiviti Kami yang  seterusnya ialah pembersihan Surau Ahol. Kami seramai 8 orang bersiap sedia bergotong-royong membersihkan surau Ahol bersama-sama. Aktiviti tersebut mengambil masa hampir 2 jjam sahaja sebelum berakhir. 


     Setelah Kami selesai sesi bergotong-royong membersihkan Surau Ahol, Kami pulang ke rumah penginapan Kami untuk berehat dan dan solat Asar. Pada hari ini juga, kami dijemput untuk berbuka di rumah keluarga Abe Hassan. Di sana, Kami dilayan dengan sangat baik dan ramah. Kami dijamah dengan makanan yang telah disediakan oleh isteri Abe Hassan.

     Kami solat maghrib di rumah Abe Hassan dan selepas Kami pulang dari rumah beliau,Kami dijemput pula ke rumah Salah seorang penduduk tempatan untuk menjamah pulut bersama buah durian. Alhamdulillah, rezki pada hari ini sangat banyak kurnia daripada Allah Yang Maha Pemurah.





Post a Comment

Previous Post Next Post