Pada hari ke-5 , kami tidak lewat untuk bangun sahur. Kami menjamah masakan air tangan saya sebagai iftar mengisi perut untuk bersahur. Setelah usai solat subuh disurau, kami bersiap untuk membaca surah Masthurah seperti biasa.

Hari ini,  kami pergi mengagihkan 'food pack' atau bungkusan makanan yang telah kami sediakan sebanyak 40 bungkusan pada hari sebelum ini untuk keluarga asnaf yang berada di kampung ini. Kami menyediakan sekampit 10kg beras, minyak masak, dua paket tepung 1kg, kicap satu botol, empat buku sabun mandi, dua batang berus gigi, satu ubat gigi, sekampit bihun, dan jugak sekotak teh uncang.

Jam 8 pagi waktu tempatan kami mengagihkan barangan ini dengan iringan Abe Mat atau Rahmat, bekerja sebagai ketua jabatan daerah bagi daerah Manyong. Beliau mengiringi kami dan disambut baik oleh penduduk setempat. Agihan pertama kami adalah sekitar Hosmestay yang kami diami. Jiran-jiran disini dalam 10 keluarga adalah keluara asnaf. Kami menghabiskan masa dalam 2 jam untuk agihan pertama.

Selepas usai Solat Jumaat, kami meneruskan lagi perjalanan untuk agihan yang kedua kedalam kawasan yang lebih pedalaman diiringi Ustaz Usman. Semasa agihan yamg kedua kami diuji dengan turunnya hujan pada belah petang. Selain itu, saya juga terkesan dengan kedaifan keluarga-keluaga asnaf yang terdapat sini. Susulan dengan itu, kedatangan kami amat bemakna bagi mereka yang tidak mempunyai mahupun tidak mampu untuk membeli barang keperluan.

Apa yang kami harapkan adalah, dengan bungkusan yang telah kami berikan ini boleh membantu sedikit sebanyak mengurangkan kedaifan dan juga beban mereka ini. Kami tidak meminta sebarang pulangan seperti wang ringgit mahupon sebarang sumbangan lain.

Pada belah lewat petang kami dijemput oleh Tok Penghulu Kamaruddin untuk melawat kawasan sungai disekitar Nad Tanjung. Kami dibawa oleh Encik Razali atau lebih dikenali sebagai Abe Li. perjalan mengambil sekitar 30-45min dengan menaiki bot yang telah disediakan.



Pada belah malam pula kami memulakan dengan buka puasa dan solat berjemaah di dewan belakang Homestay Nad Tanjung, dan juga kehadiran anak-anak Nad Tanjung untuk mempelajari modul-modul lain yang telah kami sediakan semasa kami di Malaysia lagi. Cumanya kehadiran pada malam ini kurang mendapat sambutan kerana lebih separuh daripada mereka sudah pulang ke kampung halaman untuk persediaan menyambut perayaan Aidil Adha.

Untuk penutupan hari, kami lakukan OG seperti biasa dan tidur awal untuk puasa arafah, puasa yang terakhir sebelum kita menyambut hari raya Aidil Adha pada tahun ini. Sekian.

Disediakan oleh: SHARIPAH IZRATUL ATIQAH, pelajar Pengurusan Sumber Manusia. merupakan ahli volunteer dan juga exco media bagi misi Patani (MIMPI) yang akan dijalankan pada 6-23 Ogos 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post