Jam menunjukkan pukul 4:30 pagi. Kami tanpa membuang masa terus bersiap dan melakukan rutin harian Subuh kami. Hari ini aku perlu segera bersiap kerana aku perlu ke pejabat Ustaz Mohd Toyyib untuk memindahkan video ke cakera padat pada pukul 7 pagi. Pada pukul 6:30, aku menghubungi Ustaz Toyyib bagi pengesahan. 30 minit kemudian, Ustaz Toyyib tiba dengan motosikal untuk membawaku ke pejabat beliau. Pejabat beliau terletak di dalam Bangunan Pengajian Islam dan Bahasa Arab (AIAS). Setibanya di tingkat 5, kami terus ke pejabat dan beliau menhidupkan komputer beliau. Beliau menyatakan bahawa komputer tersebut sudah sedia dengan kemudahan internet sekiranya perlu. Namun, beliau terpaksa pulang untuk menghantar anak beliau ke sekolah dan ke pasar.
Pada jam 8, aku sudah selesai kerjaku. Kebetulan, aku terserempak dengan Dr Muhammad dan beliau setuju menumpangkan aku ke Pejabat Presiden PNU bersama Dekan HEP UNISEL, Encik Amidi Bin Abd Manan dan Penasihat DE VOLUNTEER, Encik Izwan Suhadak Bin Ishak. Mereka tiba di Thailand pads jam 6 pagi tadi di Tak Bai. Setibanya di depan Pejabat Presiden, kami disambut oleh Furkon ke dalam Dewan Senat. Didalam dewan tersebut ada Dekan Abdullah, Professor Russukon Sangmanee dan juga ahli kumpulan MIMPI. Majlis diisi dengan
ucapan terima kasih dari pihak UNISEL dan PNU, diteruskan dengan beberapa soalan dari UNISEL berkaitan prosedur MOU yang perlu dilaksanakan jika ingin berhasrat memilih PNU untuk berkoleberasi sekali lagi. Disebabkan Professor Russukon Sangmanee tidak mempunyai banyak masa, kami terpaksa mengakhiri majlis awal dan sempat bergambar bersama beliau sebelum beliau mengundur diri.
Pada tengah hari, aku mengiringi Cik Amidi dan Cik Izwan di Karnival Mingguan Sains di Dewan Terbuka PNU. Kami melawati beberapa booth dan mempelajari apa yang dihasilkan oleh wakil pelajar dari semua fakulti. Antara booth yang menarik ialah booth sains pertanian dimana mereka menanam pokok dan rumput tanpa menggunakan tanah. Mereka menggantikan tanah dengan algae campuran. Selain itu, terdapat juga booth yang menghasilkan kertas atau kulit buku menggunakan daun. Bahan yang diperlukan hanyalah daun, kertas dan gam. Akibat kesuntukan masa, kami terpaksa bergerak ke AIAS untuk bertemu semula dengan Dr. Muhamad. Di situ, aku berpisah dengan Dekan dan Penasihat DEV. Aku terus kembali bersama ahli kumpulan ku untuk makan tengah hari. Kami menikmati menu nasi bersama ayam kari dan telur. Setelah itu, kami bersama-masa solat Zohor di surau hostel sebelum pulang ke hostel.
Pada waktu malam, kami dibawa ke Bangunan AIAS semula bagi majlis makan malam bersama pensyarah dan pelajar. Majlis dihadiri oleh Dekan Ciklah, Professor Anish, Ustaz Mohd Toyyib dan juga pelajar-pelajar PNU. Slot pertama majlis diisi dengan ucapan dari Dekan Ciklah, diteruskan dengan ucapan aku selaku wakil UNISEL dan Roslan selaku wakil PNU. Sebelum berakhir, video kompilasi dari PNU dan UNISEL sepanjang 8 hari program dimainkan. Pelbagai momen indah dan kenangan bersama telah dirakamkan didalam video dan aku amat terharu. Aku mula rasa keberatan untuk meneruskan hari-hari yang mendatang kerana aku tahu bahawa kami bakal berpisah seketika, atau lebih teruk selamanya selepas ini. Belum pulang tapi rasa rindu sudah mula berputik. Namun apakan daya, aku tiada kuasa untuk melawan waktu. Hidup harus diteruskan. Sesi bergambar bersama-sama telah dilakukan selepas majlis berakhir. Kami pun pulang ke hostel dengan rasa rindu kerana kami mungkin tidak akan berjumpa lagi. Sebelum kami pulang tidur, kami tidak lupa untuk melakulan postmortem dan OG, kemudian baru lah kami tidur.

Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-23 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga program Diploma in Accountancy

Post a Comment