DENASTI PEMERINTAHAN KERAJAAN PATANI
Kerajaan Patani (Jawi: راجاءن ك ي تان ڤ (merupakan sebuah kerajaan awal
di Tanah Melayu yang merangkumi
wilayah Pattani (Patani), Yala (Jala), Narathiwat (Menara) dan
sebahagian Songkhla (Singgora) kini. Bagaimanapun, pada pertengahan abad
ke-19 Patani telah menjadi mangsa dasar imperialistik kerajaan Siam.
Mengikut buku Hikayat Patani pemerintahan Kerajaan Patani diperintah oleh
3 dinasti iaitu
Dinasti Sri Wangsa, dikenali juga sebagai Dinasti Ulu. Raja Perempuan
Pattani, Raja Ungu Binti Sultan Bahadur Shah telah berkahwin dengan
Sultan Pahang, Sultan Abdul Ghafur mengukuhkan hubungan Patani
dengan Pahang serta Empayar Johor amnya, dan beberapa kali serangan
Siam berjaya dipatahkan dengan bantuan Johor. Setelah Raja Ungu
mangkat, Raja Kuning iaitu puterinya hasil perkahwinan dengan Sultan
Abdul Ghafur Pahang menaiki takhta Patani[1]
.
Dinasti Kelantan pertama yang diasaskan pada tahun 1650 oleh Raja
Sakti[2] yang memindahkan pusat pemerintahannya dari Kota Mahligai ke
Patani.
Dinasti Kelantan kedua yang diasaskan pada tahun 1838 oleh Raja
Kampung Laut Long Muhammad bin Raja Muda Kelantan Long Ismail,
dikenali juga sebagai Tuan Besar/Paduka Seri Sultan Phaya Long
Muhammad (Al-Marhum Tanjung). - BERNAMA
Noor Huda Binti Mohd Nor Azam merupakan sukarelawan yang akan
melaksanakan Misi Jelajah Pattani pada 18 mac – 2 April 2020 sebagai Naib
Setiausaha. Beliau ialah ahli Grup Sukarelawan Darul Ehsan kampus Shah
Alam. Beliau juga mengambil program Diploma Pengurusan Perniagaan di
Universiti Selangor.
Post a Comment