KEBUDAYAAN MELAYU PATANI



     Pada hari isnin tanggal 12 September 2016, suasana mahasiswa asal patani (Selatan Thailand) dari Organisasi Himpunan Pelajar Patani di Indonesia (HIPPI) menyambut lebaran Idul Adha di Indonesia dengan berpakaian kebudayaan melayu Patani.
Kebudayaan melayu Patani adalah budaya sebuah bangsa, jika sesiapa yang memakai ciri hidup bangsa yang telah diamalkan oleh bangsa melayu Patani ditanah tumpah darah semenjak zaman berzaman, dari generasi kepada satu generasi hingga kepada generasi kita dan seterusnya kedapa anak cucu yang akan datang dengan meliputi sistem susila, agama, ekonomi, politik, adat rasmi, sikap dan nilai.
Kebudayaan melayu Patani perlu dipelajari oleh generasi anak bangsa sendiri dengan mendalam dan terperinci. Tujuan untuk membina khazanah permulaan budaya yang diamalkan oleh bangsa terdahulu semenjak zaman Kerajaan Melayu Langkasuka dan berkembang menjadi cara hidup dan nilai jati diri bangsa melayu Patani hingga saat ini.
Kebudayaan melayu Patani sangat penting kerana generasi anak Patani saat ini menyadari indentitasnya, kebudayaannya untuk menentukan diantara kebudayaan bangsa sendiri dan kebudayaan bangsa asing, jati diri adalah sebagai satu bangsa yang menghargai hak bangsa lain bukan menjadi penjajah yang mengerjar kepentingan dan menafi hak asasi bangsa lain.
“Pemakaian pakaian adat budaya melayu Patani sudah menjadi kebiasaan selama ini, setiap tahun dalam menyambut hari lebaran Idul Fitri maupun Idul Adha dan hari-hari yang erat berhubungan dengan hari-hari Islam, maupun bangsa melayu Patani itu sendiri tetap ekspresi bersama demi mempertahankan jati diri sebuah bangsa”
-- Turanisia.com
Nur Umaira binti Mohd Jidi merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 18 Mac - 2 April 2020 sebagai Setiausaha.Beliau memegang jawatan sebagai Bendahari dan mengambil jurusan Diploma in Business Management.

Post a Comment

Previous Post Next Post