Perbincangan tentang orang Melayu Patani dimulainya dengan asal-usul kewujudan negeri Patani. Kewujudan negeri Patani ini mempunyai hubung kait dengan perkembangan tamadun orang Melayu di Nusantara.

Menurut Mohd. Zamberi Malek dalam bukunya menyatakan asal kewujudan negeri Patani dikaitkan dengan kerajaan Langkasuka iaitu kerajaan Hindu-Buddha yang wujud di awal abad masehi. Sekitar tahun 775 masihi, kerajaan Langkasuka yang diperintah oleh Raja Maha Bangsa diserang dan ditakluki oleh Raja Seri Wijaya dari Palembang Indonesia. Kota Pentadbiran Langkasuka yang jauh pendalaman membuat Raja Seri Wijaya memindahkan kota pentadbiran berhampiran pantai yang diberi nama sebagai Patani sempena nama kampung Pak Tani. Gelaran ini lama-kelamaan bertukar kepada Patani.

 

 

Dari sudut rumpun bangsa, mayoritas masyarakat tiga wilayah terdiri daripada penduduk yang berbangsa Melayu dan yang sama rumpun dengan orang Melayu yang berada di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Orang Melayu Islam Patani di Selatan Thailand adalah hak kepunyaan dunia Melayu percuma dari segi geopolitik dimiliki oleh bangsa Thai yang berteraskan kepada agama Buddha. Dari sudut agama, mereka berpegang teguh kepada syariat Islam. Berdasarkan sejarah, Islam sampai ke Patani pada Abad ke 10 dan selepas 300 tahun, Islam mulai tersebar luas di Patani apabila Sultan Ismail Syah Raja Patani pertama memeluk agama Islam pada tahun 1457 masehi. Manakala Zamberi Abdul Malek dalam bukunya berjudul Pensejarahan Patani menyatakan kemasukan Islam ke istana Patani berlaku pada sekitar tahun 800 Masehi. Melalui jalur perdagangan khususnya dari Timur Tengah berperanan dalam menyebarkan agama Islam di Patani sehingga ianya menjadi sebuah negara Islam (Patani Darussalam) sebelum dijajah oleh kerajaan Siam, sekarang ini atas namanya negara Thailand.

Manakala dari segi bahasa, mereka bertutur dalam bahasa Melayu dialek Patani. Walaupun terdapat sedikit perbedaan dengan dialek orang Melayu di Malaysia namun ianya masih bisa dipahami, terutama oleh orang Melayu yang tinggal bersempadan dengan wilayah mereka. Contohnya, dialek Bahasa bagi masyarakat Melayu di Wilayah Pattani, Narathiwat, Yala, seakan sama dengan dialek percakapan orang negeri Kelantan, manakala dialek orang di wilayah Satun sama dengan dialek percakapan orang negeri Perlis, Kedah dan Pulau Pinang.

Dari sudut budaya, pengamalannya juga tidak jauh berbeda dengan masyarakat Melayu di Malaysia, Indonesia, Singapura dan Brunei. Kebanyakan negara di Asia Tenggara tergolong dalam rumpun Melayu Nusantara. Kesenian yang wujud dalam budaya Melayu seperti seni tembikar turut wujud dalam masyarakat Melayu di Patani. Mereka menghasilkan periuk nasi, belanga tanah, bekas air, labu tanah, bekas pekasam, tempayang, tikar mengkuang dan lain-lain lagi. Hasil tenunan juga turut memaparkan kebudayaan Melayu Patani seperti Kain Selit Benang Emas, Kain Cindai, Kain Telepuk, Kain Limar dan Kain Songket. Justeru, kesenian merupakan lambang kebudayaan masyarakat Melayu Patani dan ianya sama dengan hasil-hasil seni budaya yang dilahirkan oleh orang-orang Melayu di Malaysia.

Jika melihat tinjauan kepada realitas dan isu mengenai konflik di Patani saat ini. Politik dan kemerdekaan dengan perkembangan politik di wilayah Selatan Thailand dibelenggu oleh tindakan seperti penindasan, diskriminasi, pembunuhan dan rasuah. Anand Panyarachun bekas Perdana Menteri Thailand dan juga Pengerusi NRC ketika ditemubual menyatakan: “Masalah utama di Selatan Thailand adalah politik, manakala sosial, ekonomi, identitas adalah suatu yang kecil sahaja. Jadi, politik perlu ditukar dengan politik yang menyelesaikan masalah”.

Kenyataan ini memang ada kebenaranya kerana pertelingkahan antara orang Melayu Islam Patani dengan kerajaan Thailand adalah berkisarkan kepada tuntutan kemerdekaan. Tuntutan kemerdekaan ini disebabkan tindakan kerajaan Siam menjajah negeri Patani yang dahulunya dimiliki oleh Kesultanan Melayu Patani. Menurut Miall, Ramsbotham dan Woodhouse menggariskan tiga faktor yang menyebabkan sesuatu kumpulan etnik bangkit memberontak. Salah satunya ialah wujud peristiwa yang menekan kelompok ini suatu masa dahulu dan segala kekuasaan mereka telah dirampas sama ada dari segi politik dan ekonomi. Justeru, gerakan pejuang kemerdekaan Patani khususnya masih lagi berhasrat untuk mengambil kembali kuasa politik di Patani dengan menjadikan persenjataan sebagai wadah perjuangan. Pertembungan kedua pihak yang berkisarkan isu politik ini menghasilkan episod yang silih berganti di mana banyak kes pembunuhan dan kehilangan pemimpin orang Melayu Islam Patani berlaku kerana menuntut kemerdekaan terhadap kerajaan Thailand. Kewujudan kumpulan gerakan pejuang kemerdekaan Patani sekitar tahun 60-an yang menjadikan senjata sebagai wadah perjuangan berikutan kesedaran di kalangan anak Melayu Patani yang mendapat pengajian dari dalam dan luar negara.

Penentangan terhadap dasar-dasar politik kerajaan Thailand telah memberi kesan negatif kepada budaya dan identitas orang Melayu Islam Patani. Pemberontakan orang Melayu Islam Patani untuk mendapatkan hak politik di Patani dianggap mengancam pendominasian kuasa selama ini di Patani. Oleh itu, kerajaan Thailand menggunakan pendekatan asimilasi sebagai jawapan untuk mengatasi tuntutan hak politik mereka di Patani. Orang Melayu Islam Patani kini mengalami proses asimilasi ke dalam budaya dan identiti Thai-Buddha. Justeru, tanggapan kerajaan Thailand yang menjadi proses asimilasi sebagai alat untuk mengatasi masalah pemberontakan dan mencapai perdamaian dan pembangunan negara ternyata meleset. Pegangan dan kepercayaan yang kuat khususnya orang Melayu Islam Patani terhadap budaya dan identiti mereka bertindakbalas dengan dasar-dasar kerajaan Thailand sehingga menimbulkan konflik yang berpanjangan. Keadaan ini merupakan perkaitan antara isu politik dengan isu budaya dan identiti yang mana pada awalnya orang Melayu Islam Patani menuntut kemerdekaan tetapi serangan kerajaan Thailand adalah ke atas budaya dan identitas. Kedua elemen ini boleh dikatakan menjadi isu baru kepada konflik di Selatan Thailand pada hari ini.


-- Turanisia.com
Nur Umaira binti Mohd Jidi merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 18 Mac - 2 April 2020 sebagai Setiausaha.Beliau memegang jawatan sebagai Bendahari dan mengambil jurusan Diploma in Business Management.

Post a Comment

Previous Post Next Post