Hidangan signatur rakyat Thailand yang diilhamkan Perdana Menteri Phibun Songkhram itu turut mendapat sentuhan wanita Patani ini sebagai manifestasi semangat kebangsaan Thai.
Jika diperhatikan dengan lebih dekat, penjaja di sepanjang jalan ini ada dari keturunan gelombang pertama dan ada juga dari diaspora baharu.
Apapun, makanannya halal dan sedap. Mungkin agak cetek kenyataan itu, tetapi itulah kebenarannya.
Waktu yang paling ideal untuk datang memuaskan nafsu makan pula ialah sekitar jam 5 petang apabila peniaga jalanan sudah memulakan perniagaan mereka.
Anda boleh sahaja mundar-mandir sekitar lorong-lorong di perkampungan moden di antara bangunan kedai, flat kediaman, asrama pelajar dan rumah tradisi sambil mencari makanan ala-Thai atau pencuci mulut Patani-Kelantan kegemaran anda.
Akan tetapi jika anda tiba ke sini lebih awal dalam keadaan lapar, boleh sahaja ke Soi 56 Ramkhamhaeng di mana ada sebuah medan selera yang sahaja menyajikan pelbagai jenis makanan halal, malah ia juga tersusun dan bersih.
Peniaganya juga seakan-akan faham loghat Melayu-Kedah bercampur telo Johor-Riau yang saya tuturkan.
Medan selera ini dibina bukan sahaja bagi memenuhi permintaan penduduk Muslim sekitar, tetapi juga pelajar-pelajar Universiti Ramkhamhaeng yang menjadi universiti pilihan pelajar dari wilayah Selatan Thai dan penonton dan peminat sukan yang hadir ke Stadium Rajamanggala di seberang jalan.
Nur Alyeana Binti Shamsudin merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Pattani pada 18 mac – 2 April 2020 sebagai Setiausaha. Beliau ialah ahli Grup Sukarelawan Darul Ehsan kampus Shah Alam. Beliau juga mengambil program Diploma Perakaunan di Universiti Selangor.
Post a Comment