Ditulis oleh Aireen Ameera Binti Joehary
UNISEL BESTARI JAYA, 3 SEPTEMBER 2018 – Tepat pada jam
8.30 pagi, para sukarelawan telah berada di Pusat Sukan ( COMNET ) untuk
menghadiri Program Induksi Sukarelawan Antarabangsa yang akan dijalankan selama
3 hari 2 malam di Unisel Bestari Jaya. Program ini bukan sahaja melibatkan
para sukarelawan dari Unisel Bestari Jaya malah turut mengabungkan para
sukarelawan dari Unisel Shah Alam. Program ini juga telah melibatkan 4 orang
fasilitator dan Encik Izwan Suhada sebagai Penasihat bagi Kelab De Volunteer
ini. Aktiviti pagi saya di dalam program induksi ini telah bermula dengan senaman
ringan atau lebih dikenali sebagai aktiviti memanaskan badan. Kemudian, semua
sukarelawan yang terlibat di dalam program ini menuju ke perpustakaan unisel
untuk meneruskan lagi aktiviti yang seterusnya. Setibanya di perpustakaan, kami
telah berkumpul di dalam sebuah bilik perbincangan yang boleh menempatkan
seramai lebih daripada 20 orang. Di dalam bilik perbincangan tersebut, saya dan
rakan-rakan sukarelawan yang lain telah didedahkan dengan pelbagai teori dan
ilmu pengetahuan sebelum menerukan misi kami ke Patani yang telah disampaikan
oleh Penasihat Kelab De Volunteer sendiri iaitu Encik Izwan sendiri. Pesanan Cik Izwan kepada
semua sukarelawan ialah sentiasa berzikir dan berfikir dalam setiap situasi
yang berlaku.
Kemudian,
para sukarelawan telah diuji dengan pelbagai latihan persiapan sebelum
menjalankan misi. Antara latihan yang telah diberikan ialah latihan
berkomunikasi, menjadi penyampai dan pendengar cerita yang baik serta belajar
untuk mengetahui kelemahan yang ada pada diri masing masing. Latihan ini juga
telah diketuai oleh Encik Izwan sendiri. Bukan itu sahaja, malah semua
sukarelawan berpeluang untuk mendengar dan mengetahui pengalaman yang telah
disampaikan oleh seorang fasilitator yang mempunyai pengalaman dalam menyertai
misi sebelum ini iaitu Kak Nurul Hidayah. Pelbagai tips dan info yang telah
didedahkan oleh Kak Hidayah kepada semua sukarelawan yang bakal meneruskan misi
yang selanjutnya. Sebelum bersurai, semua sukarelawan dan fasilitator telah
berkumpul dan menjalankan aktiviti yang terakhir iaitu menjelaskan atau
menceritakan semula pengetahuan yang telah dipelajari, kesan aktiviti tersebut
kepada diri serta pesanan yang ingin diberikan kepada semua ahli sukarelawan
yang lain. Aktiviti ini juga telah merumuskan segala ilmu yang telah didedahkan
sepanjang hari itu atau juga dikenali sebagai “ post mortem” yang banyak
mengingatkan semula ahli sukarelawan tentang aktiviti yang dijalankan dan
pengajaran di sebalik aktiviti tersebut yang harus dititiberatkan. Semoga semua
ahli sukarelawan menjadi semakin bersedia dan bersemangat untuk meneruskan misi
masing-masing.
Disediakan oleh Aireen Ameera Binti Joehary
* Pemberita merupakan salah seorang sukarelawan yang telah
terlibat dalam induksi

Post a Comment