Travelog Fikry 03/09/2018

Hari ke-1
Setibanyaku di Bestari Jaya (BJ) dengan penuh harapan agar dapat memanfaatkan peluang menyertai Program Induksi Sukarelawan De Volunteer (IMISU). Aku menuju ke COMNET seperti yang diarahkan kepada setiap ahli bagi merekodkan kehadiran program sebelum menuju ke padang serbaguna COMNET untuk aktiviti memanas badan. Setelah itu, setiap ahli dibawa ke Perpustakaan UNISEL untuk menyambung tentatif program iaitu Bengkel pertama yang akan diketuai oleh Penasihat Persatuan De VOlunteer, Encik Izwan Suhadak. Beliau telah mendedahkan kepada ahli-ahli tentang perkara asas yang penting seperti definisi ilmu, bahasa dan diri. Selain itu, beliau juga telah menyampaikan pencerahan tentang gambaran situasi ketika menjalankan misi di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Setelah itu kami melakukan solat Zohor berjemaah bersama-sama di Masjid UNISEL. Setelah selesai, Bengkel kami diteruskan dengan permainan “zas-tang”. Permainan tersebut melatih pemain untuk sentiasa fokus ketika apa jua yang berlaku. Kami meneruskan hari dengan solat Asar secara berjemaah sebelum menjalani latihan seterusnya iaitu latihan berkomunikasi. Latihan berkomunikasi yang dilakukan di dalam perpustakaan telah melatih kami cara-cara dalam berkomunikasi dengan orang luar. Latihan ini penting kerana komunikasi merupakan kunci dalam memastikan kita sentiasa berjaya dalam apa jua perkara yang kita impikan. Seterusnya, kami melaksanakan solat Maghrib dan makan malam sebelum melakasakan Bengkel seterusnya iaitu penerangan tentang penglaman salah seorang fasilitator, Kakak Aisyah. Pelbagai perkara penting yang kami perolehi daripada pengalaman beliau. Kemudian kami menuju ke masjid bagi melaksanakan solat Isyak. Aktiviti seterusnya iaitu aktiviti Posmoterm, iaitu aktiviti luahan kesimpulan daripada setiap ahli tentang pembelajaran yang diperolehi sepanjang hari serta kesan dan pesan. Selesainya aktiviti tersebut, aku dan ahli-ahli lain menuju ke dorm masing-masing dan tidur.Travelog 03/09/2018

Hari ke-1
Setibanyaku di Bestari Jaya (BJ) dengan penuh harapan agar dapat memanfaatkan peluang menyertai Program Induksi Sukarelawan De Volunteer (IMISU). Aku menuju ke COMNET seperti yang diarahkan kepada setiap ahli bagi merekodkan kehadiran program sebelum menuju ke padang serbaguna COMNET untuk aktiviti memanas badan. Setelah itu, setiap ahli dibawa ke Perpustakaan UNISEL untuk menyambung tentatif program iaitu Bengkel pertama yang akan diketuai oleh Penasihat Persatuan De VOlunteer, Encik Izwan Suhadak. Beliau telah mendedahkan kepada ahli-ahli tentang perkara asas yang penting seperti definisi ilmu, bahasa dan diri. Selain itu, beliau juga telah menyampaikan pencerahan tentang gambaran situasi ketika menjalankan misi di lokasi-lokasi yang telah ditetapkan. Setelah itu kami melakukan solat Zohor berjemaah bersama-sama di Masjid UNISEL. Setelah selesai, Bengkel kami diteruskan dengan permainan “zas-tang”. Permainan tersebut melatih pemain untuk sentiasa fokus ketika apa jua yang berlaku. Kami meneruskan hari dengan solat Asar secara berjemaah sebelum menjalani latihan seterusnya iaitu latihan berkomunikasi. Latihan berkomunikasi yang dilakukan di dalam perpustakaan telah melatih kami cara-cara dalam berkomunikasi dengan orang luar. Latihan ini penting kerana komunikasi merupakan kunci dalam memastikan kita sentiasa berjaya dalam apa jua perkara yang kita impikan. Seterusnya, kami melaksanakan solat Maghrib dan makan malam sebelum melakasakan Bengkel seterusnya iaitu penerangan tentang penglaman salah seorang fasilitator, Kakak Aisyah. Pelbagai perkara penting yang kami perolehi daripada pengalaman beliau. Kemudian kami menuju ke masjid bagi melaksanakan solat Isyak. Aktiviti seterusnya iaitu aktiviti Posmoterm, iaitu aktiviti luahan kesimpulan daripada setiap ahli tentang pembelajaran yang diperolehi sepanjang hari serta kesan dan pesan. Selesainya aktiviti tersebut, aku dan ahli-ahli lain menuju ke dorm masing-masing dan tidur.

Post a Comment

Previous Post Next Post