![]() |
Avanza 1.3 yang banyak berjasa |
Aku memandu kereta
dari rumah ke UNISEL Bestari Jaya setelah mengemas barang dan mengulangkaji
matapelajaran ‘Operation Research’ untuk peperiksaan akhir semester ke-9. Aku keluar
awal pagi setelah solat subuh berjemaah di Surau At-Taqwa Seksyen 7 Shah Alam
kerana peperiksaan akan bermula jam 9 pagi. Bermula dengan do’a, aku menjawab
dengan mudah tetapi ada satu soalan yang susah tak dapat dijawab. Persiapan yang
kurang kemas akan menyusahkan diri kita.
Pendaftaran Induksi
Misi Sukarelawan (IMISU) bermula 2 Ogos 2019. Peserta akan tinggal di tempat
yang sama iaitu hostel supaya mudah untuk bergerak bersama. Pada hari tersebut,
aku dan kawan-kawan pergi menziarahi seorang peserta yang kemalangan ketika
memandu kereta kerana mengantuk. Penting untuk berehat jika mengantuk ketika
memandu kereta.
Pada keesokannya, aku bangun
awal untuk beriktikaf di Masjid Unisel melakukan solat sunat tahajud, solat
sunat taubat, solat sunat hajat dan solat sunat witir. Setelah itu, kami
bersama-sama solat subuh berjemaah. Membaca al-ma’thurat bersama. Sarapan bersama.
Encik Izwan Suhadak bin Ishak mengisi slot, memberi pencerahan berkaitan
kepentingan belajar sejarah. Setiap peserta mesti menyiapkan kajian, mencari 10
sumber rujukan, menghasilkan artikel dan slide pembentangan yang infografik.
Mendengar pembentangan
setiap hasil kajian. Solat asar berjemaah. Aktiviti riadah, ‘telefon buruk’, ‘pisang
goreng’ dan ‘telefon buruk’. Makan petang bersama. Solat maghrib berjemaah. Tilawah
dan tadabbur al-quran surah al-Kahfi, ayat 1-10. Solat isya berjemaah.
Muhammad Amin Bin Shahrudin merupakan aktivis sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) pada 6 hingga 23 Ogos 2019 sebagai AJK Kebajikan. Beliau merupakan ahli, Grup Sukarelawan Darul Ehsan (DE VOLUNTEER). Mahasiswa Ijazah Sarjana Muda Sains dalam Teknologi Maklumat dengan Pengurusan Rantaian Bekalan, tahun ketiga dari Fakulti Komunikasi, Seni Visual dan Pengkomputeran, Universiti Selangor (UNISEL) kampus Bestari Jaya.
Post a Comment