Pada esoknya, aku dikejutkan oleh rakanku, Amin Bin Shahrudin. Kami segera bersiap dan terus menuju ke Masjid UNISEL untuk solat Subuh dan Al-Mathurat. Aktiviti kami seterusnya adalah slot bersama Penasihat kami, Encik Izwan Suhadak Bin Ishak. Sepanjang ceramah beliau selama 4 jam itu, kami amat terkesan dengan intipati yang disampaikan oleh beliau. Ceramah yang disampaikan sedikit sebanyak membuka mata kami khususnya berkaitan sukarelawan.Pelbagai cabaran perlu kita trempuhi sepanjang menjadi sukarelawan dan displin adalah perkara yg paling penting. Setelah itu, tugasan pertama kami adalah untuk menyiapkan dan membentangkan rumusan hasil dari kajian tentang bidang dalam misi masing-masing. Terlebih dahulu kami menunaikan solat Zohor. Alhamdulillah, perbentangan kami berjalan lancar. Pelbagai imput dari misi lain dapat kami pelajari. Seterusnya kami makan tengah hari. Solat Asar berjemaah dilaksanakan sebelum slot beriadah dilakukan. Setelah selesai, kami terus makan petang. Sementara menunggu azan Maghrib, kami menyiapkan travelog. Slot selepas solat Maghrib diisi dengan tadarus Al-Quran. Selepas solat Isyak, kami diberikan 30 minit untuk diskusi kumpulan misi sebelum memasuki slot terakhir, iaitu Postmortem. Selesai postmortem, kami bersurai.
Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-21 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan.
Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Jelajah Patani pada 6-21 Ogos 2019 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar MPPUNISEL sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan.
Post a Comment