Patani, bandar yang dulunya terkenal dengan perdagangan dan bandar istana lama. Disini masih dikekalkan kegamaannya iaitu Islam dimana rata-rata penduduk disini adalah penganut beragama Islam yang masih kekal. Bahasa yang digunakan disini kebanyakkan nya adalah bahasa kelantan-siam atau di Malaysia nya digunakan di negeri kelantan. Slang ini bukan lah seratus peratus slang kelantan digunakan, malah mereka disini ada juga yang fasih berbahasa Melayu.

Kami memulakan hari dengan bersahur kemudian kami ke surau Ahol untuk solat subuh berjemaah dengan penduduk setempat. Mereka mengamalkan bacaan Yaasin pada setiap hari khamis setelah selesai solat subuh. Surau ini dikatakan tidak menggunakan sebarang paku pada awal pembinaannya. Surau ini terletak bersebelahan tadika.



Dalam jam 8 pagi kami ke madrasah - rumah anak yatim untuk aktiviti menanam pokok yang telah kami beli pada sehari sebelumnya oleh ahli kumpulan lelaki. Pokok yang dipilih adalah pokok durian dan pokok limau kasturi. Aktiviti ini dimeriahkan lagi dengan kehadiran penduduk setempat dan juga penjaga Madrasah, Ustaz , Tok Penghulu, Abe mat, Abe Ya dan Pok Hasan. Aktiviti ini disambut dalah keadaan meriah. Pokok ditanam bersebelahan madrasah dan juga kolan ikan keli kepunyaan madsarah.


Usai dengan aktiviti menanam pokok, kami sempat menyinggah ke pejabat Abe Mat di Manyong Subdistrict Administrative Organization Office untuk berjumpa dengan Abe Mat dan berkenalan dengan pekerja situ. Kemudiannya kami bertolak ke sekitar daerah Patani dan bandar untuk aktiviti riadah yang lain. Lokasi pertama kami adalah Masjid Kresik. Masjid ini berumur dalam lingkungan 500 tahun dan Masjid ini adalah Masjid pertama dibina dengan simen yang dicipta menggunakan kulit kupang, beras hitam, madu dan putih telur yang di hancurkan dan dilumatkan untuk dijadikan bahan tampalan untuk menampal batu-bata merah semasa pembinaan masjid ini.


Kemudiannya kami bergerak ke bandar Patani tetepi dalam perjalanan kami singgah di Bendang Garam dimana bendang ini menghasilakn garam dari air laut. Garam ini dipanggil Garam Manis kerana dikatakan garam ini lebih sedap dan berlemak berbanding rasa garam lain-masin pahit. Lokasi ini dikatakan lokasi yang terbaik antara semua daerah yang terdapat disekitar Patani kerana rasanya yang unik dan sesuai untuk dijadikan kegunaan harian. Kami juga sempat ke bendang itu sendiri dan melihat cara garam itu diproses.

Sebelum kami ke Masjid yang seterusnya kami dibawa ke kawasan University Songkla untuk melawat kawasan sementara sebelum kami melawatnya pada hari yang ke-10 nnti. Ini kerana kami harus melalui kawasan University ini sebelum tembus ke bandar Patani.

Di bandar Patani, kami singgah ke Masjid Jamek Patani yang terletak di bandar Patani. Kami berbuka puasa dan menunaikan solat maghrib situ. Masjid nya besar dan luas. Saya agak terkejut melihat kawasan musolah kerana bahagian musolahnya begitu luas berbanding dengan masjid yang lain. Di masjid ini kawasan nya begitu tenang dan juga ada sesetengah penduduk beriadah disitu kerana terdapatnya kolam besar pada bahagian depan pintu masjid berkenaaan.



Kami menjamu selera di kedai terdekat dan berhenti disebuah kedai di kawasan lain untuk beriadah seketika dan ke kedai berhampiran untuk membeli sedikit barang keperluan diri sebelum mengambil keputusan untuk pulang dan melakukan penutupan pada hari ini. Sekian.

Disediakan oleh: SHARIPAH IZRATUL ATIQAH, pelajar Pengurusan Sumber Manusia. merupakan ahli volunteer dan juga exco media bagi misi Patani (MIMPI) yang akan dijalankan pada 6-23 Ogos 2019.

Post a Comment

Previous Post Next Post