Hari kedua induksi,bangunawal....ingat  dah bangun Paling awal,pergi masjid UNISEL Paling awal.namun tewas dengan saudara Amin Shah yang sedang khusyuk solat tahajud dalam kegelapan pagi yang indah

Sesudah habis solat tahajud,witir,taubat Dan hajat.....fuh banyak nya, alhamdulliah...moga jadi hamba Allah yang bertakhwa,saya membuka komputer riba Dan menyiapkan travelog Dan reseme yang belum disiap kan walaupun sudah di kerah oleh ketua misi,saya masih suka bertangguh,Alahuakbar!!!!!.

Selepas rutin membaca Al mathsurat,tilawah alquran Dan kuliah Satu minit, Mula slot yang pertama bersama Abang Azhari,merupakan alumni UNISEL Dan senior dalam Grup Sukarelawan Darul Ehsan.Beliau menceritakan pengalaman beliau semasa berada di misi Sukarelawan di Patani,dia mengatakan bahawa Patani ini didiami oleh penduduk kaum melayu kebanyakannya beragama Islam,beliau memberi amaran kepada semua Sukarelawan yang mengikuti misi ke Patani supaya jaga perangai Dan berhati-hati ketika mengeluarkan camera kerana mungkin Akan menyebabkan Kita di tahan atau ditembak oleh askar Thailand.Perkongsian beliau akan dijadikan tauladan dan pedoman buat ahli misi patani.



Disediakan oleh Ahmad Haydhar bin Zabri merupakan aktivis Grup Sukarelawan Darul Ehsan memegang jawatan sebagai exco keusahawanan sosial juga sebagai ajk logistik bagi Misi Jelajah Patani

Post a Comment

Previous Post Next Post