Hari ini merupakan hari yang paling mengujakan dimana kami berpeluang untuk melawati Salah sebuah dari 7 fakulti yang terdapat didalam Princess of Naradhiwas ataupun PNU. Fakulti Yang akan kami lawati ialah Fakulti Agrikultur dimana pelajar mengfokuskan terhadap tumbuh-tumbuhan dan haiwan-haiwan.

    Seperti biasa Kami diiringi oleh pelajar-pelajar Islamic and Arabic studies. Aktiviti kami dimulakan dengan sesi taaruf dengan beberapa orang pensyarah PNU yang dipengerusikan oleh Che Lah seorang Dekan Fakulti. 

     Masanya telah tiba untuk Kami melawati sebuah fakulti, Fakulti Agrikultur. Kami difahamkan kebayakkan pelajar Yang mengambil kursus agriculture ialah pelajar lelaki. Saya agak mengagihkan dengan kawasan fakulti Agrikultur yang sangat luas .

    Mereka mempunyai beberapa rumah hijau ataupun 'Green House's untuk tumbuh-tumbuhan, malahan mereka mempunyai sebuah makmal khas untuk semua spesis tumbuhan dari dari merata negara. Mereka juga mempunyai sebuah benih pokok yang berada dari negara Israel.


    Selepas itu, Kami berpeluang untuk melihat kambing biri-biri, kambing biasa dan kambing hybrid secara dekat. Saya juga berpeluang untuk menyusukan bayi kambing biri-biri dengan botol Susu kecil. Bukan itu sahaja, saya juga berpeluang untuk memegang dan mengusap kambing biri-biri tersebut. 

    Seterusnya, Kami dibawa untuk melihat dan menyentuh Kuda secara dekat. Malangnya, Kami tidak berpeluang untuk menunggang Kuda dek kerana haiwan-haiwan tersebut terlalu kecil untuk Kami. 

   Untuk solat Zuhur, Kami menunaikan solat Zuhur di Masjid PNU sebelum kami meneruskan perjalanan kami untuk melawati pantai Amanao, dimana bukitnya ialah batu-batu besar dan terdapat sebuah Istana lama berada di atas.

    Itulah aktiviti Kami pada hari ini...
     

Post a Comment

Previous Post Next Post