Aktiviti pagi ini adalah sambutan hari guru di Princess Narathiwat University. Perbezaan yang sangat ketara jika dibandingkan dengan sambutan hari guru di Malaysia. Saya berasa seakan-akan bukan sambutan hari guru kerana mereka menyambut pelajar-pelajar dengan Hari Kecemerlangan Akademik dan Pemberian Bantuan Asnaf kepada semua pelajar yang terpilih serta masa yang diambil tidak lama dan tiada apa-apa persembahan dan pemberian hadiah.
Yang ada hanyalah ucapan pelajar dan tazkirah ringkas oleh Ustaz Annis.

Ustaz Annis ada mengatakan untuk kejaayaan yang kita capai itulah kebahagiaan yang sebenar untuk ibu bapa kita. Kalau kita berjaya capai redha Allah apa yang kita usahakan, insyaAllah kita akan berjaya. Tujuan hidup kita antaranya menuntut ilmu. Ia diwajibkan dalam Islam untuk kita menuntut sesuatu ilmu itu. Contohnya, dikaitkan dengan seorang pelajar yang ingin tahu tentang ilmu. Kemudian kita dapat berkongsi ilmu dengan semua orang. Kita juga dapat membantu masyarakat dengan ilmu yanh kita ada. Ada konsep belajar ilmu, kita belajar , mengajar dan diajar. Tiga perkara ini sangat berkait rapat dalam kehidupan kita untuk menyebarkan ilmu kepada orang dan kita sendiri belajar dari apa yang diajar dan mengajar.

Beliau juga ada mengatakan bahawa setiap hari adalah hari guru. Guru umpama ibu bapa kedua buat kita dan universiti atau sekola umpama rumah buat kita. Ternyata masa kita lebih terluang di tempat belajar kita.

Kulsam untuk pada hari ini adalah keutamaan , amarah dan kesatuan hati. Keutamaan dimaksudkan dengan apa yang paling utama kita ingin capai dalam dunia ini. Bagi saya, perkara pertama yang paling utama yang perlu kita capai adalah keredhaan Allah. Kalau Allah tidak redha , semua perkara yang kita lakukan adalah sia-sia disisi Dia. Ibu bapa juga berkait rapat, kerana jika ibu bapa kita sendiri tidak redha maka Allah pun tidak redha dengan kita. Ingat, keutamaan letaklahpada Allah dan Ibu bapa kerana keredhaan Allah terletak pada keredhaan Ibu bapa.

Tentang kulsam amarah , kami berbincang di perpustakaan sewaktu menunggu waktu zuhur. Ramai yang berpendapat bahawa marah merupakan satu sifat semula jadi manusia dan lumrah. Setiap orang ada marahnya ada panas barannya. Tetapi , ada sesuatu yang membezakan kemarahan dan

Pada petang itu, kami pergi ke
Institut Islamic and Arabic untuk ke kelas arab bagi mempelajari bagaimana suasana di dalam kelas dan bagaimana mereka belajar. Mereka belajar dalam keadaan yang tenang dan tidak banyak bercakap. Berbanding di Malaysia, mereka mudah tidak fokus dan bising di dalam kelas.

Pada malam selepas isyak, tazkirah disampaikan oleh ustaz annis. Beliau menceritakan kalau pada zaman dahulu ada satu kisah seseorang harini islam esoknya dia kafir. Apatah lagi pada zaman dajjal , kita jumpa dajjal tetapi iman sendiri tidak kuat. Nasihat dari beliau,
kuatkan dari segi tarbiah rohiyyah , perbanyakkan amalan-amalan dan berkawan dgn Al Quran. Antara cara mudah untuk Al Quran, letak satu jadual utk baca quran bagi memudahkan peringatan dan kesedaran. Hidup haruslah sentiasa dalam amal soleh, bersenam , beriadah, belajar serta makan makanan yg halal, halal toyyiban.

Post a Comment

Previous Post Next Post