Pada tanggal 2 ogos 2019, jam 7:30 pagi, saya bangkit dari tidur untuk menduduki kertas terakhir bagi peperiksaan akhir semester empat saya. Saya tiba diperkarangan Unisel cawangan Shah Alam pada pukul 8:30 bagi menghadirkan diri untuk peperiksaan akhir di Dewan Pro Chancellor.
Setelah usai menjawab peperiksaan yang mengambil masa 2jam 30min, saya dan rakan-rakan bergerak ke seksyen 13 untuk menjamu selera di gerai Nasi Kandar Kalut Jitra Mai. Setelah habis kami menjamu selera, kami bertolak pulang kerumah untuk mengemas barang sebelum kami keluar semula untuk ke detinas masing-masing. Pada jam 2 petang, saya menghantar kawan saya ke stesen bas seksyen 17 untuk menaiki bas persiaran, menuju ke Kedah.
Setelah itu, saya pula mengambil masa dan ruang untuk saya mengemas barang-barang saya untuk pengembaraan misi saya ke Patani. Saya mengambil masa kira-kira 5 jam untuk menyiapkan barang-barang ini untuk siapkan. Ini kerana, jadual saya terlalu padat kerasa saya mempunyai jadual peperiksaan yang agak ketat pada masa yang sebelum itu.
Sebelum bertolak ke Kampus Bestari Jaya, saya mengambil ahli keluarga dirumah untuk menghantar saya ke Kampus Bestari Jaya. Perjalanan saya dari rumah ke Kampus Bestari Jaya mengambil masa selama 1jam 15minit melalui Highway Utara Selatan Rawang dan dikenakan RM6.90 bagi kos tol.
Sesudah sampai di Kampus Bestari Jaya, saya terus daftar masuk ke rumah yang telah disediakan oleh pihak ComNet untuk pelajar-pelajar yang terlibat dengan misi-misi. terdapat juga lokasi lain untuk kali ini ke Lombok dan Medan, Indonesia. Sesi mengenalkan diri juga dibuat didalam rumah bg mengenal ahli-ahli lain dan dibenarkan untuk tidur sebelum memulakan hari seterusya.
Pada hari yang dinantikan, induksi bermula pada tarikh 3 Ogos 2019 pagi jam 5:30, kami bergerak ke Masjid Unisel bagi menunaikan solat subuh berjemaah dengan ahli-ahli yang lain. Selepas usai menunaikan solat subuh, kami berkumpul di bilik seminar untuk membaca surah mutsurat bersama-sama dan memulakan aktiviti memperkenalkan diri masing-masing kepada ahli yang lain.
Kemudian kami didatangi oleh Pengarah comNet, En. Izwan untuk merasmikan program induksi kami yang akan berlansung selama 3hari sebelum kami bertolak ke Patani pada malam Isnin 5hb. Program ini adalah untuk melatih dan membangkitkan lagi usaha kami untuk meneruskan misi-misi kami dilokasi yang terpilih.
Usai dengan tugas diberikan, kami mengerjakan solat secara berjemaah dan selepas itu kami menjamu selera dengan cara ala nasi ambeng ataupon cara org dulu-dulu dimana makanan kami dihidangkan didalam dulang besar dan makan beramai-ramai.
Apa yang saya berasa sungguh terkesan dimana ada segelintir ahli yang memberitahu saya bahawa program ini ada satu kelebihan ataupun lebih tepat, yang dikenali sebagai adat dalan sesebuah acara. Adat ini diperkenalkan kepada saya iaitu dengan menyuap orang lain dengan menggunakan tangan kita sendiri untuk mengambil berkat.
Selepas makan, kami merenuskan aktiviti dimana membentangkan tugas yang diberi, selama 2jam kami membentangkan apa yang kami peroleh
sebelum ini. Kemudiannya, kami mula kan aktiviti petang dengan membuat 3 jenis permainan. Permainan dipilih bagi setiap ketua ahli mengikut kumpulan misi.
Kami menutup tirai dengan makan malam dan solat berjemaah maghrib dimasjid yang sama. Berkumpul didalam dewan seminar dan membacakan lagi surah matsurat. Semenntara menunggu Isya' kami ditugaskan untuk menyiapkan tugasan lain yang diberikan. Setelah selesai solat Isya', kami membaca surah al-Kahfi ayat satu hingga 10 sekali dengan terjemahan.
Kemudian kami meneruskan lagi aktiviti kami secara kumpulan yg diberikan dimana membincangkan tentang dokumen-dokumen perjalanan kami serta barang-barang lain yang belum kami siapkam. Setelah itu, kami diarahkan untuk membuat postmodern sebagai tirai.
Disediakan oleh: Sharipah Izratul Atiqah binti Sabidatul Fajar merupakan ahli misi jejak patani yang akan berlansung pada 5-23 ogos 2019. Beliau merupakan pelajar semester 4, bidang Pengurusan Sumber Manusia di kampus Shah Alam. -Misi Jejak Patani-
Post a Comment