Pagi aku dimulakan dengan kuliah 30 saat setelah selesai baca Al-Mathurat. Langit merupakan tajuk yang telah ditetapkan bagi semua peserta untuk meluahkan pendapat masing-masing. Aku tertarik dengan isi yang telah disampaikan oleh Syahirah. Bagai langit dengan bumi, yang membawa maksud jurang perbezaan yang terlalu besar. Dia menjelaskan bahawa tiada jurang diantara perbezaan umur ataupun pangkat darjat diantara ahli masing-masing. Ini menunjukkan yang setiap manusia di muka bumi ini sama sahaja. Namun mereka perlulah menghormati kepada ketua masing-masing supaya segala kerja yang telah diarahkan dapat berjalan dengan lancar dan tiada apa yang akan ketinggalan ataupun berbaza daripada orang lain.

Peserta IMISU bersama Encik Azahari.

Sesi seterusnya pula adalah slot bersama saudara Azahari yang sudi meluangkan waktu pagi beliau dengan bercerita kepada kami tentang pengalaman beliau yang telah mengikuti misi-misi terdahulu. Aku tertarik apabila beliau menceritakan tenatng kejadian di setiap tempat terutama di Patani iaitu tempat yang akan aku jelajah nanti. Pengalaman yang beliau hadapi tidaklah terlalu sukar namum juga tidaklah terlalu mudah, katanya. Setiap tempat akan ada penceritaan yang berbeza seperti di Patani yang berlaku situasi tembak-menembak. Ini menjadikan aku untuk menganggap itu sebagai satu cabaran yang besar dalam hidupku, pergi ke satu kawasan yang sudah diketahui keselamatannya tidak terjamin.

Encik Tenggo bersama peserta IMISU dalam slot Alam Sekitar

Aku diminta untuk membaca sepotong ayat daripada surah ke-33 ayat 72 yang mengisahkan tentang pembaziran manusia telah lakukan terhadap ciptaan Allah. Perkara tersebut merupakan salah satu dosa-dosa besar yang manusia telah lakukan tanpa sedar ataupun sedar dan juga akan membawa kesan yang sangat buruk terhadap alam sekitar. Bukan sahaja kepada alam sekitar namun kepada hidupan yang tinggal di dalamnya juga dan seterusnya akan membawa padah kepada manusia itu sendiri.

 Disediakan oleh :
Nur Farhana Marini Binti Marzuki merupakan sukarelawan Misi Jelajah Patani (MIMPI) sebagai Setiausaha, juga sebagai Exco Multimedia dan Teknologi Kreatif Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 serta Setiausaha Grup Sukarelawan Darul Ehsan Kampus Shah Alam.

Post a Comment

Previous Post Next Post