TRAVELOG PERJALANAN EKIN KE INDUKSI  (MY FIRST DAY)

       Tepat pukul 12 tengah hari, saya bertolak dari Klang, Teluk Pulai untuk menuju ke Unisel Bestari Jaya bagi menghadiri induksi yang diadakan selama 3 hari 2 malam (bermula dari 3 Ogos 2019 sehinggalah 5 Ogos 2019). Asalnya, induksi ini telah berlangsung dari subuh (5.30 am) tetapi kerana tidak mempunyai sebarang pengangkutan pada hari tersebut, menyebabkan saya datang agak lewat. Sesudahnya saya tiba di lokasi, saya terus menghadiri induksi yang sedang berlangsung. Berikut merupakan program-program yang sempat saya ikuti pada hari ini.

         Saya sempat melihat dan mengikuti pembentangan atau "Slides Presentations" yang dibentang oleh ahli-ahli daripada misi sukarelawan Patani (MIMPI), Medan (MEDAN) dan Lombok (MISQLI). Melalui pembentangan mereka, saya mendapat banyak informasi atau 'input' berkenaan dengan misi yang mereka akan pergi. Misalnya, bagaimana keadaan kawasan geografi Lombok, Indonesia dan apakah tahap ekonomi sekarang di Patani, Thailand. Selepas selesainya pembentangan, saya dan ahli sukarelawan yang lain bersiap sedia untuk melaksanakan sembahyang Asar sebelum kami melaksanakan program yang seterusnya, iaitu permainan.

        Bagi program atau aktiviti yang seterusnya ialah, ahli sukarelawan akan membentuk kumpulan mengikut misi sendiri dan mereka akan memikirkan jenis permainan apa yang akan mereka main kemudiannya. Bagi kumpulan saya, Misi Patani (MIMPI), kami mempunyai idea untuk bermain "Pisang Goreng, Goreng Pisang" dan berlawan dengan kumpulan sukarelawan yang lain. Permainan ini berlanjutan sehingga sekitar pukul 5 petang, dimana kami akhiri permainan tersebut dengan berkongsi pendapat tentang kelebihan permainan ini dan kelebihan yang kita dapat daripada permainan tersebut.

       Kami berehat untuk makan malam sebelum kami bersiap sedia untuk melaksanakan solat maghrib. Setelah kami selesai solat maghrib, kami dikehendaki membawa Al-Quran masing-masing, kami membaca ayat 1 hingga 10 Surah Al-Kahfi (Surah ke -18 dan diturunkan di Makiyyah) beserta terjemahannya. Aktiviti induksi pada hari ini ditutup selepas sudahnya kami melaksanakan solat Isya berjemaah. Kami kemudiannya, berkumpul untuk membincangkan 'Check List' yang perlu ada untuk Misi masing-masing sebagai persiapan awal. Sekitar pukul 11 malam, kami bersiap sedia untuk berangkat pulang dan berehat di tempat yang telah disediakan.

Noor Asshikin Binti Abdul Zaid,
AJK Aktiviti Misi Patani (MIMPI) 2019.

       

   

Post a Comment

Previous Post Next Post