Bangun awal ,mandi dangan riang sekali,menghirup udara segar
di pagi hari. Hari dimulakan dengan sahur mengalaskan perut yang kosong ini
dengan mi segera bersama kupang,makan
dengan penuh teliti dan berhati-hati,sungguh renyah (rumit). Saya terus menuju
ke Surau Aur untuk solat subuh berjemaah bersama penduduk kampung Nad Tanjung
dan para sahabat Misi. Selepas selesai solat subuh, Muhammad Amin Bin
Shahrudin dan Nurul Syakilla Binti Anwar membuat liputan
tentang sejarah Surau Aur.
Surau Aur dibina kira-kira 400 tahun dahulu dan tidak
menggunakan sebatang patu ,malahan Cuma memakai Pasak kayu. Rekabentuk surau
tersebut seperti sejadah menunjuk ke
kiblat. Kerajaan Thailand tidak berani menyerang atau meruntuhkan surau ini
kerana semangat juang penduduk kawasan Nad Tanjung yang menjaga Surau Aur. Saya
ternyata kagum dan tersebak di hati ini akan kesatuan penduduk Nad Tanjung yang
tidak terlepas bersolat jemaah di surau tersebut walaupun sudah lanjut usia.
Selepas balik dari surau,kami menuju ke rumah anak yatim
dengan membawa anak pokok yang dibeli oleh saya dan Fikry iaitu 4 anak pokok Durian
Mas dan 4 anak pokok Limau Kasturi. Kami menanam anak pokok untuk kebajikan
warga Rumah Kebajikan Anak Yatim. Hasil dari penanaman anak pokok ini menjadi
manfaat demi warga Rumah Kebajikan Anak Yatim.
Selapas zohor,kami dibawa melawat ke masjid Kre se atau
dipangil Pitu Krue-Ban,masjid ini
sungguh unik kerana merupakan masjid pertama yang dibina menggunakan bata merah yang dilekatkan
oleh simen kira-kira 500 tahun terdahulu. Simen belum dicipta lagi semasa 500
tahun dahulu tetap idengan kebijaksanaan orang-orang terdahulu,mereka membuat
simen dengan menghancurkan kulit kepah,beras pulut hitam dicampurkan dengan
putih telur dan manisan cair atau madu.
Selepas itu,kami menuju ke bendang garam,pada zaman dahulu
,yaring menjadi tempat pengeksport utama garam yang berasa
masin dan berlemak ,tetapi bendang garam
sekarang telah berkurangan dan dibangunkan industri perkilangan dan
perdagangan patani. Tempat itu menjadi
tempat persinggahan perdagan-perdagan dan meniagakan barangan import.
Sudah hampir waktu
berbuka puasa,kami berhenti di masjid besar patani dan membeli air buah magga
kisar sebagai juadah berbuka
puasa.selepas Solat Maghrib ,kami menjamah tomyam di sebuah restoren berdekatan
dengan Bandaraya Patani. Tomyam itu sungguh menyelerakan sehingga saya terlebih
makan nasI ,Allahuakbar!!!!! Penuhnya perut saya. Selepas makan,atas arahan
Fikry yang merupakan pengarah program
menyuruh Sharipah untuk membayar juadah Tomyam tersebut tanpa
perbincangan dengan ahli misi yang lain.Hal ini menyebabkan orang kampong Nad
Tanjung terutama Ustaz Osman yang ingin membelanja kami tersinggung perasaan.
Oleh kerana hal ini berlaku,orang Kampung Nad Tanjung
membawa kami ke restoren Make Makan.Ustaz Osman mempelawa kami untuk memesan
apa sahaja makanan dan diberi amaran jangan bayar kerana dia yang belanja.
Post a Comment