PENGANGKUTAN KE HAT YAI
Plan asal MIMPI 2.0 berkenaan pengangkutan ke Hat Yai terpaksa diubah kerana tiket ETS dari KL-Padang Besar sudah habis dijual. Maka, kesemua ahli bersetuju untuk menggunakan perkhidmatan bas bagi kos perjalanan ke Hat Yai.
JIRAHAT ALFILM (BEDAH FILEM)
MIMPI 2.0 merancang untuk melaksanakan beberapa program termasuklah Jirahat Alfilm, iaitu program tayangan filem bersama pelajar UNISEL bagi menambah punca pendapatan dana misi. Program ini bertujuan untuk mengubah cara pelajar menonton sesebuah filem. Program ini menekankan pelajar untuk sentiasa teliti dengan 'details' dalam filem serta bukan sahaja mengenali nilai murni, tetapi mempraktikan nilai-nilai tersebut dalam kehidupan seharian. Dana utama akan diperoleh melalui penjualan slot iklan sebelum filem ditayangkan.
RHINO KV ARENA CHARITY MATCH
MIMPI 2.0 akan menganjurkan perlawanan persahabatan bola sepak di RHINO KV ARENA Shah Alam. Program ini juga salah satu cara MIMPI 2.0 menambah pendapatan, malah boleh dijadikan medium sebagai penyambung kepada masyarakat belia tentang kesedaran isu di Selatan Thailand.
Kesemua perancangan ini akan diusulkan ketika Mesyuarat EXCO DEV dan juga kepada Penasihat Grup Sukarelawan Darul Ehsan, En. Izwan Suhadak Bin Ishak bagi kelulusan serta nasihat berkenaan idea-idea ini. Semoga apa yang dirancang berjalan lancar hendaknya dan perjuangan ahli MIMPI 2.0 diberkati oleh Allah SWT, in sha Allah.
Muhamad Fikry Bin Abd Hamid merupakan sukarelawan yang akan melaksanakan Misi Menjelajah Pattani pada 18 Mac-2 April 2020 sebagai Pengarah. Beliau merupakan Exco Sahsiah Majlis Perwakilan Pelajar (MPPUNISEL) sesi 2019/2020 selain Timbanlan Presiden, Grup Sukarelawann Darul Ehsan Kampus Shah Alam. Beliau juga mengambil jurusan Diploma Perakaunan di UNISEL.
Post a Comment